Archive for 18 September 2012


KEMALANGAN NGERI DI SEPANGGAR

Saya di antara ratusan kenderaan yang tersekat dalam kesesakan lalu lintas pada malam berkenaan, iaitu malam sambutan ‘Hari Malaysia’. Takziah kepada semua keluarga mangsa yang berasal dari Beaufort. Takziah juga kepada YB DSP Haji Lajim Haji Ukin kerana dimaklumkan kesemua mereka adalah penyokong beliau yang menyertai program di Tuaran. Oleh kerana kamera sudah kehabisan bateri, saya hanya dapat merakam menggunakan kamera telefon.

Sumber berita : http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/62138

KOTA KINABALU: Lima orang maut termasuk dua pasangan suami isteri dalam kemalangan ngeri berdekatan bangunan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Sepanggar di Kota Kinabalu pada malam Sabtu. Mangsa yang meninggal dunia dikenali Ramsin Tamisin Pahang, 59, isterinya Siti Runi Tarawi, 55, pasangan kedua Hassan Jimi, 55, isterinya Saimah Jamin, 51, dan seorang lagi Taripan Bintaman, 53.

Semua mereka meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami cedera parah di muka, badan dan kepala. Kesemua mereka sedang dalam perjalanan pulang ke kediaman mereka di Beaufort apabila kereta pacuan empat roda yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna Naza Ria dari arah bertentangan di Jalan Sepanggar berdekatan bangunan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu, di sini, malam kelmarin.

Pemandu kenderaan jenis Naza Ria dikenali sebagai Chong Chee Kiong, 23, dan penumpangnya Sheena Patrick, 28, dan Lily Govinjen, 56, dan semua mereka mengalami cedera parah dan kini menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth. Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 malam itu, semua pemandu dan penumpang pacuan empat roda jenis Isuzu Invader dari arah bulatan Sepanggar menuju ke pusat bandar dipercayai dalam perjalanan pulang ke Beaufort selepas menghadiri satu majlis di Pantai Dalit Tuaran dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner, Jauteh Dikun, berkata kejadian itu dipercayai bermula apabila sebuah kereta Naza Ria yang datang dari arah lampu isyarat Universiti Teknologi Mara (UiTM) dipercayai terbabas selepas dirempuh dari arah belakang sebuah pacuan empat roda lain menyebabkan kereta Naza Ria masuk ke jalan bersebelahan.

“Akibat rempuhan dari belakang itu, kereta Naza Ria itu bertembung Isuzu Invader yang datang dari arah bulatan Sepanggar menuju ke pusat bandar,” katanya. Beliau berkata akibat pertembungan itu pemandu dan penumpang kereta Isuzu Invader maut di tempat kejadian.

“Sementara itu, pemandu dan penum- pang kereta jenis Naza Ria mengalami cedera parah dan menerima rawatan di HQE II,” katanya ketika dihubungi, semalam. Jauteh berkata, pemandu pacuan empat roda yang merempuh dari belakang itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan semua mayat dibawa ke HQE untuk bedah siasat manakala tiga yang cedera menerima rawatan di HQE II dan berada dalam keadaan stabil.

“Polis masih mengesan pemandu dan penumpang kenderaan pacuan empat roda itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian dan meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan,” katanya.

Tanda bulat : YB DSP Haji Lajim Haji Ukin, Ahli Parlimen Beaufort.

 

Jam 10.20 malam, orang ramai masih bertali arus datang ke lokasi majlis di Tuaran. Terdapat beberapa sekatan jalanraya dilakukan pihak berkuasa untuk sampai ke lokasi.

Jam 10.23 malam. Pemandangan dari jalanraya, berhadapan pintu gerbang restoran. Ketika ini dianggarkan lebih 10 ribu membanjiri perkarangan restoran sehingga melimpah ke luar.

Jam 10.27 malam, ketibaan YB DS Anwar Ibrahim. Sebelum beliau, tiba lebih dahulu pimpinan Pakatan Rakyat yang lain dari seluruh negara.

Seorang penyokong PR yang menggagahkan diri ke Sambutan Hari Malaysia di Tuaran.

YB Ustazah Zailah Ahli Parlimen Rantau Panjang yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS bersama Puan Suzie Faizah isteri Pesuruhjaya PAS Sabah.

Kelihatan 3 dari kiri : YB Datuk Husam Musa (Naib Presiden PAS & Exco Kerajaan Kelantan) bersama Sdr Aminuddin Aling (Pesuruhjaya PAS Sabah)  dan Ahmad Tamrin (Pengerusi PKR Sabah).

MB Selangor YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Beaufort DSP Haji Lajim, DSAI dan lain-lain.

DSAI, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Lim Guan Eng, Azmin Ali, Datuk Mustafa Ali, Haji Mohammad Sabu

Penulis dan bloger politik tersohor Malaysia, Pak Mohd Sayuti Omar (MSO @ Tinta Merah) turut membuat liputan.

Antara yang kelihatan ialah YB Zuraidah Kamaruddin (Ketua Wanita PKR), YB Datuk Wilfred Bumburing, YB Dr Hatta Ramli, Dr Tan Sing Giew dan lain-lain.

Sebahagian besar pimpinan utama Pakatan Rakyat yang berkumpul di Tuaran.

YB DSP Haji Lajim menyampaikan ucapan selaku pengerusi sambutan.

YB Azmin Ali, YAB LGE, YB DSTG Abdul Hadi Awang dan DSAI.

Khemah didirikan di kiri dan kanan perkarangan pentas sementara di tengah menjadi kawasan terbuka. Sesekali hujan lebat dan sesekali hujan renyai. Rakyat berlindung seketika di bawah khemah dan kemudian kembali berkumpul memenuhi ruang terbuka.

Presiden PAS menyampaikan ceramah. Antara intipati ceramah beliau ialah menyatakan prinsip-prinsip keadilan Islam dalam politik, sosial, ekonomi dan sebagainya.

YAB Lim Guan Eng mengambil giliran berucap. Mengungkap beberapa perkara dalam Buku Jingga yang menjadi kesepakatan Pakatan Rakyat.

DSAI mengambil giliran. Seperti biasa menggunakan ruang pentas bergerak ke kanan dan kiri. Menyeru rakyat membuat perubahan dalam PRU-13. Membentangkan kejayaan negeri-negeri yang diperintah oleh PR.

Sebahagian lagi hadirin.

%d bloggers like this: