Sekitar 300 orang bersilih ganti menghadiri jamuan rumah terbuka hari raya dan sambutan Hari Malaysia anjuran Pakatan Rakyat Putatan di Tanjung Aru Plaza pada 15 September 2012. Antara tetamu yang hadir ialah Naib Presiden PAS YB Datuk Haji Husam Musa, Setiausaha Agung PAS Datuk Haji Mustafa Ali, Ketua Dewan Muslimat PAS YB Ustazah Zailah dan lain-lain. Pimpinan Pakatan Rakyat Putatan dan Pakatan Perubahan Sabah tempatan turut memeriahkan majlis yang berakhir pada jam 4 petang.

Sumber foto : http://www.facebook.com/pas.kgpasirputih