Masjid Qaryah Bukit Pegoh terletak dalam daerah Melaka Tengah. Kalau merujuk kepada web http://www.islamgrid.gov.my/ menyatakan bahawa masjid ini mula dibina pada tahun 1940 kemudian dibina semula dalam tahun 1972 dengan bantuan kerajaan. Alhamdulillah dapat berkunjung dan berziarah di masjid ini.

Antara perkara yang saya suka di masjid ini ialah tempoh khutbah jumaat yang ringkas. Menurut catatan saya khutbah bermula pada jam 1.32 dan berakhir khutbah kedua pada jam 1.42 tengahari. Ketika wirid selepas solat pula, barulah jamaah mengedarkan bakul kecil untuk sedekah jumaat. Di sini saya mendapat satu pengalaman baru.