Archive for 15 September 2012


 

Masjid Qaryah Bukit Pegoh terletak dalam daerah Melaka Tengah. Kalau merujuk kepada web http://www.islamgrid.gov.my/ menyatakan bahawa masjid ini mula dibina pada tahun 1940 kemudian dibina semula dalam tahun 1972 dengan bantuan kerajaan. Alhamdulillah dapat berkunjung dan berziarah di masjid ini.

Antara perkara yang saya suka di masjid ini ialah tempoh khutbah jumaat yang ringkas. Menurut catatan saya khutbah bermula pada jam 1.32 dan berakhir khutbah kedua pada jam 1.42 tengahari. Ketika wirid selepas solat pula, barulah jamaah mengedarkan bakul kecil untuk sedekah jumaat. Di sini saya mendapat satu pengalaman baru.

Buku yang baru dibaca :

Penulis : Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani

Susunan Semula : Md Salizam Salio

Semakan Semula : Wan Ji Wan Hussin

Penerbit : Hijjaz Record Publishing 

Harga : RM16.90/RM18.90

Kehidupan berumahtangga ada pasang dan surutnya. Sesuatu yang merugikan jika kemanisan alam rumahtangga tidak dapat dinikmati sepenuhnya hanya kerana suami atau isteri tidak mahu berusaha memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing.

Kitab karangan Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani ini menghuraikan peranan seorang suami terhadap isteri dan seorang isteri terhadap suami. Ia sering menjadi rujukan para penceramah ketika memberi kuliah dalam bidang perkahwinan. Malah kitab ini juga amat sesuai dijadikan rujukan pasangan suami isteri bagi mewujudkan persefahaman, toleransi dan keharmonian dalam perkahwinan.

%d bloggers like this: