Archive for 2 September 2012


KUNJUNGAN MAMI & FAMILI

Ini foto kenangan raya keluarga abang saya nombor dua ke rumah kami di Putatan pada 30 Ogos 2012. Mereka datang menyeberang laut dari Labuan ke Kota Kinabalu berziarah keluarga besar di sini. Terima kasih atas kunjungan. Insya Allah bertemu pada awal Disember di WP Labuan.

 

Suasana sangat mahabbah mewarnai majlis kami di maahad pada khamis lepas bagi sama-sama meraikan sambutan Eidulfitri dengan program dihoskan oleh Persatuan Pelajar Maahad Tahfiz diketuai oleh YDPnya anakanda Khairul Doing. Acara santai dimulai dengan ucapan spontan beberapa wakil pensyarah,  acara cabutan bertuah dan menjamu selera.

Tidak kurang meriahnya menonton kreativiti anakanda Rizu dan kawan-kawannya yang bersusah payah menyediakan satu video klip yang santai sempena sambutan hari raya melibatkan beberapa babak lakonan sesama mereka. Saya suka melihat kreativiti mereka dan berharap kepakaran dan minat itu dilebarkan lagi dengan garis panduan agama yang boleh membimbing arah tuju dan matlamat dakwah walaupun kelihatan bersahaja.

Terima kasih di atas kepedulian persatuan pelajar untuk mengadakan majlis yang ringkas tetapi tetap bermakna untuk mengeratkan ukhuwah, juga kehadiran sahabat lain seperti Saiful Ahmad yang pernah mengajar di sini, Tuan Haji Jefri Siman dan lain-lain. Kehadiran kalian sangat dihargai oleh pihak maahad keseluruhannya.

 

%d bloggers like this: