Archive for 20 Ogos 2012


Di Kampung Tigaman, sebuah nama kampung yang menarik perhatian saya, kami menyinggah sebentar di surau kampung ini dan sempat meninjau sebentar suasana surau berkenaan. Sepertimana kebanyakan surau-surau kampung yang lain, suasana sederhana tetapi tetap kelihatan damai apabila berada di dalamnya.  Ia boleh memuatkan kira-kira 50-60 orang di ruang muslimin dan kira-kira 20-30  orang di ruang muslimat bersebelahan dengannya.

Bersebelahan surau ini ada sebuah bangunan usang yang dijadikan sebagai kelas KAFA. Usang di luar tetapi kelengkapan di dalam sangat memuaskan. Meja dan kerusi yang baru dan selesa untuk para pelajarnya. Hanya ketibaan kami mungkin bukan pada masa yang sesuai atau pada waktu solat, kami tidak bertemu dengan sesiapa untuk bertanya khabar dan cerita tentang surau ini. Harapnya saya akan berkunjung lagi untuk mengemaskini maklumat berkenaannya. Saya kongsikan foto surau ini.

%d bloggers like this: