Archive for 18 Ogos 2012


SALAM EIDUL FITRI 1433H

Selamat menyambut hari raya eidul fitri kepada sahabat-sahabat, kawan-kawan dan para pembaca blog ini, sama ada yang dekat dan jauh. Semoga madrasah Ramadhan yang telah kita lalui telah memberikan pelbagai ilmu, pengajaran dan pengalaman untuk menempuh hari-hari seterusnya.

Terima kasih juga kepada semua pembaca setia blog ini sama ada orang baru atau telah lama melayarinya. Dengan sokongan ramai, blog ini telah berusia lebih 4 tahun dan puratanya dilayari oleh seribu orang setiap hari. Semoga persahabatan di alam maya ini memberi kebaikan di dunia dan akhirat.

Salam eidul fitri 1433h.

Pusat pentadbiran Pulau Banggi ialah Pekan Karakit dan pekan ini menempatkan Pejabat Daerah Kecil Banggi, Rumah Rehat, Klinik Kesihatan, Balai Polis, jabatan-jabatan kerajaan, SMK Banggi, Pangkalan Polis PGA, dan rumah-rumah para penduduk kampung. Penduduk pekan ini dianggarkan seramai 1000 orang. Penduduk utama Pulau Banggi ialah daripada suku kaum Ubian dan Dusun Bonggi. Terdapat juga kaum-kaum lain iaitu orang Βajau, Kagayan, dan Ѕuluk. (wikipedia)

Sesuatu yang saya gemari apabila bermalam di pekan ini ialah kemudahan wifi. Kami mendapati sekurang-kurangnya 3 atau 4 wifi dapat dikesan dan kami memanfaatkannya sehingga berada di jeti sebelum keberangkatan pulang ke tanah besar di Kudat. Kunjungan ke pulau ini sangat bermanfaat dan saya berhajat untuk datang lagi pada masa akan datang.

%d bloggers like this: