Archive for 17 Ogos 2012


22 Ramadhan : Isyak dan Tarawih di Masjid Nurul Jannah Kg Petagas Putatan.

23 Ramadhan : Solat Isyak & Tarawih di Surau Kg Daranan Pulau Banggi.

25 Ramadhan : Solat Isyak dan Tarawih di Masjid Nurul Ihsan Kg Ketiau Putatan.

26 Ramadhan : Solat Isyak & Tarawih di Masjid Azizul Rahman Kimanis Papar.

27 Ramadhan : Solat Isyak dan Tarawih di Masjid Jamek Tun Ahmadshah, Kg Inanam Laut Kota Kinabalu.

28 Ramadhan : Solat Isyak dan Tarawih di Masjid Nurul Hidayah Kg Meruntum Putatan.

29 Ramadhan : Solat Isyak dan Tarawih di Masjid al-Muzakkirullah Kg Lubuk Temiang WP Labuan.

Sumber teks : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS)

Berada pada detik terakhir bulan Ramadan ini, sememangnya perasaan berbaur dengan kesyahduan, kehilangan dan kesayuan. Ini kerana bulan yang penuh dengan keberkatan, kelebihan, keampunan dan juga keistimewaan ini meninggalkan pelbagai pertanyaan di manakah letaknya kedudukan nilai serta kualiti puasa yang kita kerjakan, adakah puasa selama sebulan itu diterima Allah atau sebaliknya?

Atau adakah puasa yang dikerjakan itu telah menginsafkan kita terhadap kewajipan seorang hamba kepada Khaliknya? Atau adakah puasa yang dikerjakan itu berhasil menganjakkan diri kita ke makam takwa yang sebenarbenarnya di sisi Allah SWT? Barangkali, tidak ramai antara kita yang bermuhasabah menilai kualiti, pengajaran serta kesan ibadah puasa yang dilaksanakan lantaran kesibukan mengadakan pelbagai persiapan menyambut hari raya Aidilfitri pada 1 Syawal.

Akan tetapi, orang mukmin sebenar sentiasa mencari kelemahan dan menangisi kerugian yang dialami. Bagi mukmin, makna kejayaan dan peningkatan pencapaian sebenar setiap ibadah bukan terletak pada hari, bulan atau jangka waktu yang tertentu, tetapi terletak pada nilai serta prestasi ibadah setiap hari dalam kehidupan mengikut kaca mata agama. Amalan muhasabah akan mencetuskan kesedaran dan keinsafan untuk memperbetulkan kesilapan lalu hatta memperbaiki lagi kualiti serta prestasinya.

Dan, saat bermuhasabah tentang kualiti dan pencapaian ibadah puasa yang dikerjakan tidak hanya pada penghujung Ramadan, tetapi ia perlu dihisab dan dinilai berulang kali pada setiap hari sebagai motivasi diri untuk memperbaiki lagi pencapaian serta kualiti amal ibadah masing- masing. Ia penting kerana sesungguhnya setiap amal yang kita lakukan serta laksanakan seharusnya bertambah baik dan meningkat mutunya dari hari ke hari. Amal perbuatan hari ini seharusnya lebih baik dari kelmarin, amal perbuatan hari esok seharusnya lebih baik daripada hari ini. Sesiapa yang amal perbuatannya tiada peningkatan atau merundum, dia tergolong sebagai orang yang terpedaya dan rugi.

Oleh hal yang demikian, jangan sesekali cepat merasa puas hati dengan kualiti serta kuantiti ibadah kita pada Ramadan kali ini. Sepanjang kehidupan kita di bulan suci ini, banyak kemungkinan berlaku seperti berubahnya hati dan turun naiknya iman, pasang surutnya amalan dan bertambah atau berkurangnya dosa dan pahala. Dan sepertimana lazimnya, ramai yang ditakluki dan dikuasai oleh hawa nafsu dan sedikit saja yang selamat. Justeru, tanyalah pada diri sendiri, di mana letaknya kedudukan kita, sama ada termasukkah kita ke dalam golongan yang berjaya mengharungi segala onak dan Ranjau Ramadan itu?

%d bloggers like this: