Pemandangan indah dari dalam dan luar masjid ini menjadi nilai tambah kepada kedudukan masjid yang memang sedia strategik lokasinya di Pekan Karakit, Pulau Banggi ini. Dari jauh mereka yang berkunjung ke pulau ini akan melihat masjid sementelahan jeti utama yang hanya bersebelahan dengannya.

Antara yang saya sukai tentang masjid ini ialah ia mempunyai perkhidmatan wifi sehingga memudahkan pengunjung dan pelancong yang datang untuk berhubung dengan dunia global. Begitu juga kemudahan asas yang agak baik seperti tandas dan bilik air yang bersih, tambahan lagi masjid ini menjadi sering menjadi penginapan bagi para pendakwah yang menjalankan aktiviti di sekitar pulau ini.