Archive for 16 Ogos 2012


Pemandangan indah dari dalam dan luar masjid ini menjadi nilai tambah kepada kedudukan masjid yang memang sedia strategik lokasinya di Pekan Karakit, Pulau Banggi ini. Dari jauh mereka yang berkunjung ke pulau ini akan melihat masjid sementelahan jeti utama yang hanya bersebelahan dengannya.

Antara yang saya sukai tentang masjid ini ialah ia mempunyai perkhidmatan wifi sehingga memudahkan pengunjung dan pelancong yang datang untuk berhubung dengan dunia global. Begitu juga kemudahan asas yang agak baik seperti tandas dan bilik air yang bersih, tambahan lagi masjid ini menjadi sering menjadi penginapan bagi para pendakwah yang menjalankan aktiviti di sekitar pulau ini.

Surau comel ini menurut catatan dan cerita penduduk kampung di sini mula digunakan pada tahun 2006. Sebelum daripada itu mereka menggunakan sebuah surau yang agak uzur tidak jauh dari surau baru ini. Apabila surau baru siap, surau lama diroboh dan sebahagian perkakasnya digunakan semula dan dibina kembali di belakang surau baru sebagai tempat mereka mengadakan keramaian seperti jamuan dan seumpamanya.

Walaubagaimanapun surau (dan kampung) ini tidak mempunyai bekalan elektrik, hanya menggunakan generator yang dipasang menjelang maghrib sahaja atau sesekali lebih awal jika mereka mempunyai majlis tertentu. Menurut Imam Mohd Sattar yang kami temui, sesekali surau ini digunakan juga untuk solat jumaat walaupun yang hadir hanya sekitar belasan orang sahaja.

Saya kira pihak berkuasa agama dibantu oleh para asatizah yang bertugas di kampung-kampung berdekatan boleh membantu memberi kefahaman agama kepada penduduk setempat kerana kami difahamkan penduduk beragama Islam sekitar 700 orang. Saya kira ia mesti diperkukuhkan walaupun kini menurut mereka sudah ada kelas KAFA tiga kali seminggu – isnin, selasa dan khamis – kepada anak-anak penduduk ini.

 

%d bloggers like this: