Archive for 13 Ogos 2012


Kami tiba di terminal feri Kudat-Pulau Banggi hampir jam 10.30 pagi setelah perjalanan yang selesa dan santai hampir 3 jam dari Kota Kinabalu. Proses pertama ialah membeli tiket feri Рrm10 sahaja untuk seorang bagi perjalanan yang dimaksudkan pada jam 1.30 tengahari. Kelihatannya ada beberapa feri ekspress yang melakukan perkhidmatan antara tanah besar ke Pulau Banggi mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Proses kedua ialah mengangkut barangan yang kami bawa untuk disampaikan kepada sasaran, dari kenderaan dibawa masuk ke feri berkenaan terlebih awal. Maklumlah ada lapan kotak pakaian, beberapa kotak kurma, 200 bungkus ubatan asas dan lain-lain lagi untuk diagihkan nanti. Selesai kesemuanya, kami beredar untuk berehat, membeli barang keperluan lain untuk sehari semalam di pulau ini nanti. Selesai membeli, kami beredar untuk solat zuhur dan asar di Masjid Pekan Kudat dan seterusnya bergerak kembali ke terminal untuk meneruskan perjalanan dan misi ke pulau berkenaan.

Terminal ini menjadi penghubung dan laluan penting dan utama penduduk di kedua-dua kawasan. Saya difahamkan ada kapal besar yang juga boleh membawa kenderaan ke pulau dengan bayaran antara rm500-rm700 bagi sebuah kenderaan. Untuk feri ekspress yang kami naiki ini, kami melihat ada juga penumpang yang membawa motorsikal, mengikat kemas motornya di sisi feri. Sayangnya saya tidak sempat merakam.

 

 

Pertama kali saya berziarah ke masjid ini ialah 3 tahun lalu mengisi 3 slot bersama saudara kita, tazkirah sebelum azan jumaat dan khutbah jumaat. Saya mengenali masjid ini dari jauh sebagai sebuah masjid daerah yang aktif mengadakan aktiviti pengimarahan, baik kuliah atau ceramah atau sebarang program dakwah bilhal. Bahkan ketika kami berziarah baru-baru ini, beberapa jamaah dan ajk masjid sibuk menyiapkan bubur lambuk untuk diedarkan kepada masyarakat.

Perkarangan masjid ini seluas 8 ekar lebih kurang. Dengan kos RM2.5 juta, pembinaannya bermula pada tahun 1991 dan siap sepenuhnya pada 1993 dan dirasmikan oleh TYT Yang Di Pertua Negeri Sabah ketika itu Tun Sakaran Dandai. Masjid yang boleh memuatkan sekitar 1500 jamaah pada satu-satu masa ini juga dilengkapi dengan kemudahan dewan mesyuarat, bilik kuliah, pejabat, ruang letak kereta untuk 200 kenderaan dan sebagainya.

%d bloggers like this: