Ini satu majlis yang istimewa. Selain majlis khatam al-Quran itu yang mempunyai keistimewaan dan kelemahannya sendiri, majlis khatam ini adalah khatam secara hafaz al-Quran untuk 10 orang alumni siswa siswi maahad yang telah menamatkan hafazan mereka sebelum ini.

Kami melihat sebahagian ibu bapa yang hadir melihat anak-anak mereka mengumandangkan surah-surah lazim, para ibu bapa ada yang mengalirkan air mata melihat kejayaan anak-anak mereka bersusah payah menghafaz al-Quran beberapa tahun sebelum itu. Demikian saya bersetuju dengan ungkapan mudirah kami yang menyatakan agar mereka menyantuni dan berterima kasih kepada orang tua mereka yang melahirkan, menjaga dan mendoakan kejayaan anak-anak sehingga mereka menjadi saat seperti ini.

Majlis ini pengarah programnya ialah Ustazah Mahliana Mohammad, terdahulu menggesa para pelajar tampil membantu masyarakat dengan ilmu yang mereka ada, kerana masyarakat sangat dahagakan bimbingan. Dalam masa yang sama proses menambah ilmu mesti dilakukan daripada masa ke masa. Saya gembira kerana hari ini dapat menghadiri dua majlis khatam al-Quran, satu di PTPL dan satu di maahad ini serta dapat mengisi slot tazkirah di kedua-dua lokasi.

Majlis berakhir dengan majlis iftar jamaie solat maghrib, isyak dan tarawih berjamaah di surau ar-Rahman.