Awal petang hari ni saya menghadiri majlis khatam al-Quran sempena ‘Program Mari Mengaji’ di Kolej PTPL di Kompleks KUWASA. Undangan ini saya terima sejak 2 minggu lepas dan saya diminta untuk mengisi sedikit masa menyampaikan tazkirah berkaitan tilawah dan khatam al-Quran.

Program tilawah dan khatam al-Quran ini disertai oleh 30 orang peserta kalangan pelajar dan warga mereka. Apa yang saya sarankan buat tempoh ini ialah agar ia diteruskan walaupun di luar Ramadhan. Saya juga ada mengongsikan beberapa kaedah membaca al-Quran secara berjadual dan bersistematik agar tilawah sehingga khatam dapat dijayakan dan kemudian diulang kembali.

Tahniah buat semua yang terlibat, terima kasih buat Encik Hisham dan Puan Norbetty atas undangan ini. Untung berada dalam majlis khatam al-Quran yang dirahmati Allah SWT.