Anakanda ke-5 Aina’ Salsabila menyambut ulangtahun ke-3 pada 30 Julai lepas dan anakanda sulung Nuha Wafiyyah berumur 9 tahun pada 3 Ogos. Kedua-duanya kami sambut secara sederhana sesama ahli keluarga sahaja. Dalam tempoh berpuasa pada sebelah siang, kami hanya ada masa ringkas sebelah malam – ketika berpuasa dan selepas solat tarawih sahaja untuk makan-makan kek kegemaran anak-anak.
Harapan saya pembaca blog ini mendoakan kebaikan untuk kami sekeluarga dan juga kita semua.