Archive for 1 Ogos 2012


Kami dalam proses akhir mengumpul dan mengedit bahan-bahan untuk dimuatkan ke dalam majalah maahad kami yang belum dimuktamadkan namanya. Saya diamanahkan sebagai ketua editor, satu tugasan yang mencabar bagi memastikan perjalanan pembikinan majalah ini berjaya sehingga ke akhirnya.

Ketika zaman persekolahan dahulu, saya pernah juga terlibat dalam pembikinan majalah sekolah sebagai jurugambar atas bimbingan Ustaz Hamdani Omar. Tugasnya tidaklah seberat mana, hanya perlu merakam foto-foto pelajar setiap kelas dan guru-guru. Selain itu mengumpul foto-foto program sepanjang tahun. Saya tidak terlibat dengan kerja-kerja teknikal yang lain.

Untuk majalah maahad kali pertama ini, saya perlu memastikan perjalanan daripada mula sehingga selesai, memastikan bahan yang dikehendaki ada dimuatkan dalam majalah seperti ucapan, wawancara, karya, foto, aktiviti, sejarah dan sebagainya. Lebih berat daripada itu, kerja-kerja mengedit bahasa dan foto hendaklah berada di hadapan saya supaya saya dapat mengomentari bersama-sama ajk yang lain akan kesesuaian dan ketepatannya menurut kemampuan kami.

Setakat ini kerjasama semua pihak sangat mendukung walaupun kami bergerak dalam serba serbi kelemahan dan kekurangan. Ini pengalaman pertama yang cukup manis semoga ada kebaikannya untuk kami semua yang terlibat demi untuk mewarwarkan kebaikan yang ada di Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah. Saya kongsikan sebahagian potret yang kami rakamkan minggu lepas.

Bersempena bulan Ramadhan 1433 Hijrah ini, kami Jawatankuasa Wakaf Masjid Penampang, Sabah, sekali lagi sukacita ingin mengumumkan bahawa projek wakaf ini dan derma wakaf masih diteruskan sehingga bangunan masjid tersebut siap sepenuhnya. Insya-Allah selepas pilihanraya ini, kami berusaha untuk menambak tanah yang sekarang ini masih lagi berstatus sawah padi. Wakaf tersebut atas nama anda, anak-anak anda, ibu bapa, sanak saudara yang telah meninggal dunia dan wakaf berkelompok. 

Kadar wakaf adalah RM100 untuk 1 kaki persegi. Bagi tujuan pembelian tapak menggunakan Wang Pos/Cek/Akaun Bank Islam, sila bayar atas nama JAWATANKUASA WAKAF MASJID PENAMPANG dan No Akaun Bank Islam : 10016010074517. Sila faks salinan resit transaksi bank , nama dan alamat anda untuk rekod. No Faks: 088-212080. Semoga rezeki anda akan lebih bertambah bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Sila kongsi makluman ini untuk tatapan rakan-rakan anda yang lain di laman sosial yang sama, wassalam.

Akaun Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah – Bank ar-Rajhi : 192 001 110 830 185 untuk sumbangan pembangunan Pusat Dakwah Serantau (PDS).

%d bloggers like this: