Archive for 24 Julai 2012


Saya dijemput ketika majlis mereka sudah bermula lewat. Ceramah istiqbal Ramadhan di Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sepatutnya bermula pada jam 10.30 pagi oleh sahabat saya Ustaz Haji Mohd Syahir Ismail, tetapi ada sedikit salah faham sehingga beliau meminta saya menggantikan pada saat akhir. Saya dimaklumkan pada jam 10.50 pagi, dan saya hadir pada jam 11.15 kerana perlu menyelesaikan urusan di Maahad Tahfiz terlebih dahulu.

Alhamdulillah, nampaknya mereka tetap sabar menanti dan masih berminat menghayati ceramah rojak saya pada pagi itu. Saya menceritakan tentang sikap orang beriman dalam menyambut ketibaan Ramadhan, beberapa pengisian sepanjang Ramadhan terutama ibadah wajib dan sunat seperti solat fardhu, solat sunat, sedekah, tilawah al-Quran, iktikaf dan sebagainya. Saya doakan warga KPLB semuanya berjaya menghayati Ramadhan kali ini lebih baik berbanding tahun-tahun lalu.

Ceramah berakhir pada jam 11.50 pagi diikuti dengan jamuan tengahari sebelum bersurai untuk bergerak ke masjid mendengar khutbah dan solat fardhu jumaat.

Tarikh : 19 & 20 Julai 2012

Tempat : Dewan al-Azhar, MTQQNS

Acara : Hafaz al-Quran, Pidato Bahasa Arab, Pidato Bahasa Inggeris, Debat ala Parlimen, Tilawah al-Quran & Nasyid

Pengarah Program : Md Sadri Md Ilmi

Perasmi : Ustaz Haji Saifuddin Haji Daud (KPP Bahagian Pendidikan JHEAINS)

%d bloggers like this: