Seorang sahabat menjemput saya dari penginapan untuk menyampaikan tazkirah di sebuah surau berhampiran. Sebelum maghrib, beliau membawa saya meronda ke jambatan baru, katanya jambatan itu baru sekitar 2 bulan lalu dibuka. Jambatan ini terletak di pinggir Kampung Rancha-Rancha Laut, WP Labuan.

Jambatan ini menghubungkan laluan utama ke  loji Rawatan Sisa Pepejal yang berada di hujung jalan. Sahabat saya tadi mendakwa kos jambatan ini memakan  puluhan juta ringgit.  Apa yang menghairankan kami, kawasan Loji Rawatan Sisa Pepejal yang dimaksudkan dan menjadi asbab jambatan ini dibina sudahpun ditutup. Bukti foto yang saya rakamkan menunjukkan loji berkenaan penuh dengan semak samun dan menurut sahabat saya tadi hanya tinggal pengawal keselamatan yang berada di sana.

Jadi untuk apa jambatan ini dibina ya?