Saya bantu promosi secara percuma, sekadar membantu urusniaga sesama umat Islam, apatah lagi berkaitan dengan ibadah siyam ini, kita dianjurkan memakan buah tamar khususnya ketika berbuka dan makan sahur. Walaupun anjuran dan keutamaan buah kurma bukan sekadar Ramadhan, ayuh kita bangkitkan citarasa memakan buah kurma atas anjuran Nabi SAW dengan memulakannya pada bulan Ramadhan ini.

Saya pula, sudah jatuh hati dan selesa dengan kurma Yusuf Taiyob dan baru membeli tiga kotak yang saya yakini – jika mengikut pengalaman lepas – akan habis tidak sampai pertengahan Ramadhan kerana disukai anak-anak. Selamat memilih kurma di Wisma MUIS. Oh ya, tamar ajwah pun sudah ada di sana kini.