Archive for 16 Julai 2012


Suka dan gembira hati saya melihat kesungguhan para peserta Kursus Pengubatan Islam (KPI) anjuran Syukbah Dakwah Masjid Negeri Sabah. Ini adalah minggu-minggu tasmik ruqyah selain sesi-sesi kuliah yang berjalan sejak pagi ahad sehingga zuhur. Sementara selepas zuhur diadakan sesi tasmik dan rawatan bagi pesakit yang datang dari pelbagai tempat.

Beberapa alumni peserta dan peserta yang sudah tasmik awal bertaraf ustaz diminta menjadi pemeriksa untuk peserta yang lain. Saya doakan mereka semuanya berjaya demi dakwah – aqidah, syariah dan akhlak kepada masyarakat kita masing-masing. Terima kasih juga kepada curahan ilmu Ustaz Nik Anwar Zakaria albasuti. Semoga Allah memberi keberkahan dalam hayatnya.

Saya bantu promosi secara percuma, sekadar membantu urusniaga sesama umat Islam, apatah lagi berkaitan dengan ibadah siyam ini, kita dianjurkan memakan buah tamar khususnya ketika berbuka dan makan sahur. Walaupun anjuran dan keutamaan buah kurma bukan sekadar Ramadhan, ayuh kita bangkitkan citarasa memakan buah kurma atas anjuran Nabi SAW dengan memulakannya pada bulan Ramadhan ini.

Saya pula, sudah jatuh hati dan selesa dengan kurma Yusuf Taiyob dan baru membeli tiga kotak yang saya yakini – jika mengikut pengalaman lepas – akan habis tidak sampai pertengahan Ramadhan kerana disukai anak-anak. Selamat memilih kurma di Wisma MUIS. Oh ya, tamar ajwah pun sudah ada di sana kini.

%d bloggers like this: