Archive for 9 Julai 2012


Sayu hati melihat kesungguhan saudara-saudara seaqidah yang sedang memperjuangkan tarbiyah Islamiyyah khususnya kepada anak-anak mereka di Madrasah as-Soleh, Kampung Nayun Syariff Kabunsuan tidak jauh dari bandar Cotabato ini. Keadaan infrastruktur yang sangat menyedihkan namun ia tidak melemahkan semangat para guru, murid-murid dan penduduk kampung yang cuba menerapkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian mereka.

Saya lebih terperanjat melihat keadaan yang amat uzur bagi bangunan sekolah ini, bangunan kayu yang usang dan berlubang-lubang, berlantaikan tanah, meja dan kerusi yang sangat tidak mencukupi untuk menampung murid-murid yang dahagakan ilmu Islam. Saya dimaklumkan gaji seorang guru di madrasah ini hanyalah sekitar rm30 sebulan. RM30 SEBULAN! Melihatkan suasana yang mengejutkan itu, menyebabkan saya langsung terlupa bertanya jumlah murid dan guru mereka.

Namun kelihatan dua blok bangunan yang menempatkan sekitar 5 atau 6 kelas sahaja. Satu blok lagi dibina dengan batu dan simen, namun tetap kelihatan uzur juga. Saya difahamkan murid-murid sekolah ini bercuti sepanjang bulan Syaaban dan Ramadhan dan dijangka kembali bersekolah selepas hari raya nanti.

Di tengah lokasi yang sempit ini, sedang dibina sebuah masjid yang dianggarkan boleh memuatkan sekitar 300-500 jamaah pada satu-satu masa. Ia masih dalam pembinaan, dan mereka berharap dapat digunakan menjelang Ramadhan walaupun belum sempurna keseluruhannya. Inilah sebenarnya tujuan kami ke sini, membantu menghantar sedikit sumbangan dan melihat projek pembinaan masjid ini dapat berjalan sebagaimana dirancang. Saya dimaklumkan ada sebahagian sumbangan daripada umat Islam dari Malaysia dan sebahagian lagi daripada penduduk di sini.

Sekolah dan masjid ini dikelilingi oleh rumah-rumah orang kampung yang agak sempit dan menyedihkan. Namun saya difahamkan kesungguhan mereka untuk melihat masjid ini disiapkan sangat tinggi. Kehadiran kami disedari mereka dan mereka mahu benar kami menjamah jamuan tengahari yang mereka sediakan. Namun kami sangat kesuntukan masa dan hanya membungkus makanan yang disediakan untuk santapan malam.

Penyampaian sumbangan diwakili oleh Abu Aslam dan pihak madrasah dan masjid diwakili oleh Ustaz Zakaria dan Ustaz Abdullah. Sedikit sumbangan juga dihulurkan kepada beberapa madrasah lain yang agak jauh lokasinya dan bagi pihak kesemuanya diterima oleh kedua-dua ustaz tadi. Entri ini dizahirkan sebagai satu maklumat kepada para penyumbang seluruh negara dan sodaliriti kepada umat Islam di Cotabato yang sangat memerlukan bantuan.

Jika ada lagi yang berminat untuk menyumbang, boleh hantar maklumat ke facebook saya.

MASJID

RUMAH SEKITAR MASJID DAN SEKOLAH

Buku yang baru dibaca :

Penulis : Shaikh Wahid bin Abdissalam Baali

Penterjemah : M. Abdul Ghoffar E.M

Penerbit : Pustaka Imam Asy-Syafie

Ada seorang pemuda datang kepadaku bersama saudaranya yang baru menikah satu minggu lalu, tetapi tidak dapat mencampuri isterinya. Dia telah mendatangi peramal dan dukun tanpa memperoleh manfaat sama sekali. Setelah aku mengetahui bahawa dia telah pergi ke tempat-tempat yang dilarang itu, maka aku perintahkan dia untuk bertaubat dengan sebenar-benarnya, serta mendustakan para peramal dan dukun tersebut agar imannya benar dan pengobatan yang akan dilakukan bisa berjalan dengan baik.

Kemudian dia berkata kepadaku, : “Setelah aku pergi kepada mereka, maka keyakinanku semakin bertambah terhadap kebohongan, penipuan dan kelemahan mereka”

Selanjutnya, kubacakan ruqyah atasnya, dan aku minta darinya 7 helai daun bidara hijau, namun mereka tidak mendapatkannya. Kemudian aku sediakan 7 helai daun dari pohon kafur, lalu aku perintahkan mereka untuk menumbuknya di antara dua batu. Lalu aku letakkan di dalam air dan aku bacakan padanya ayat kursi dan al-Muawwizat. Setelah itu aku perintahkan kepadanya untuk minum dan mandi dari air tersebut. Maka dia pun melakukan hal tersebut sehingga sihir itu pun hilang dan ar-rabath yang ada padanya lenyap seketika itu juga. Segala puji bagi Allah di awal dan akhirnya.

%d bloggers like this: