Terima kasih buat Ustazah Noraini Mohd Nor dan rakan-rakan beliau dalam Panatia Agama Islam SMK Perempuan Likas yang mengundang saya menyampaikan satu slot dalam program ‘Smart Solat’ di Surau Siti Khadijah sekolah berkenaan pada sabtu lepas bersama sekitar 100 pelajar tingkatan 4. Sebagaimana pernah saya catatkan, pengalaman bertemu dengan khalayak dan lokasi baru sering memberi pendedahan yang baik untuk diri saya sendiri.
Ini pengalaman pertama ke sekolah berkenaan walaupun memang ada rakan-rakan yang bertugas mengajar di sekolah ini. Saya teruja sebenarnya kerana pernah mendengar rekod baik ketika di bawah kepimpinan Ybhg Datin Fatimah satu ketika dahulu, dan kini beliau telah berpindah ke sekolah lain. Ramai maklum ketika zaman Datin Fatimah sebagai pengetua, beliau mewajibkan bacaan al-Quran setiap pagi khususnya yasin diadakan.
Persekitaran sekolah ini cantik, mudah-mudahan demikian cantik juga akhlak mereka semua. Saya dimaklumkan pelajar hampir 700 orang dan 500 daripadanya adalah beragama Islam. Semoga program ini bermanfaat untuk semua.
Ya, Datin Patimah Ali mmg amat tegas soal Agama, wlupn sy smpt belajar d sana smpi PMR saja, tp beliau adalah antara Pengetua @ guru yg amat sy ingat dlm hidup. setiap Hari Beliau akan semak senarai Kedatangan solat pelajar2 d surau, jika ada yg ponteng, beliau akan cari smpi d kelas, tnya sbb2 x solat, klu alasan yg d bri meragukn, Confirm la dpt denda buka kasut simpan d tgh2 tapak perhimpunan (gelanggang Badminton dulunya, x tau la skrg) dari pagi smpi la sesi petang abis belajar 5.30ptg. setiap Hari kami akan masuk sekolah 6.40am (sesi pagi) sbb 30minit akan digunakn bagi berhimpun & ddk membaca, pada hari jumaat, pelajar2 islam akan d asingkn & pergi ke surau utk baca yasin. soal pelajaran pula beliau amat titik beratkn jua terutamanya utk pelajar yg bakal menduduki peperiksaan pnting (PMR & SPM). sy ambil PMR thun 2001. masuk skolah jm 6.30am, balik pula 4.30pm. pagi bljr mcm besa. tamat sesi pagi, ada klas tmbahan Albukhary. mula2 bagaikn 1 penyiksaan, tp hasilnya Alhamdulillah, wlupn sy bkn pelajar yg baik, tp sy lulus. lebih 95% pelajar yg menduduki PMR thun sy lulus. siapa yg x smpt mengenali datin Patimah Ali mmg rugi.