Ada orang ‘menggoda’ dan ‘menghasut’ saya agar menjenguk-jenguk tingkat 3 Plaza Alam Sentral yang berhadapan dengan Hotel Quality tempat kami berkumpul selama 3 malam. Rupanya tingkat 3 kompleks ini terletaknya segala jenis telefon bimbit dan komputer serta perkakas-perkakasnya. Akhirnya tidak sia-sia juga persinggahan ke sini, ada makhluk yang saya bawa balik ke Sabah sebagai kenangan. Hihihi…