Pengalaman orang sudah tentu tidak sama apabila berkunjung ke satu restoran ternama. Seperti restoran Singgah Selalu di Danga Bay Johor Bahru, ini kunjungan kali kedua setelah kali pertama beberapa tahun lalu. Saya dapat maklum juga daripada kawan-kawan lain, ada yang lambat menerima layanan atau makanan lambat sampai. Itu adalah pengalaman masing-masing.

Saya pula setakat dua kali ini (kononnya) barangkali bernasib baiklah. Layanan  baik, tidak menunggu terlalu lama dan makanannya pula sedap. Saya bersama keluarga sebelah isteri yang tinggal di Johor Bahru ini mengajak ke restoran berkenaan hampir tengah malam setelah selesai MTQ Kebangsaan malam keempat. Walaupun tengah malam, pengunjungnya masih ramai.

Saya baca melalui satu web, ia menduduki tempat ke-10 restoran terkenal di Johor. Restoran ini agak besar dan luas, terletak di tepi jalan. Khabarnya sudah mempunyai beberapa cawangan lain sekitar Johor. Ketika kami singgah, restoran ini dihiasi dengan bendera-bendera eropah, barangkali sempena kejohanan bola sepak EURO yang berlangsung sekarang.  Terima kasih Busu Ajak sekeluarga yang bawa saya tengah-tengah malam ke sini.

Oh ya di tepi restoran ini ada mini kedai arab Mesir. (foto bawah)