Buku yang baru dibaca : 

Penulis : Nasir Muhammadiy Muhammad Jad

Penterjemah : Azhar Yahya & Nizauddin Isemail

Penerbit : Lajnah Penerbitan Dewan Ulama’ PAS Pusat

Buku ini memaparkan 9 Prinsip di dalam umat Islam berinteraksi dengan Non Muslim, amat perlu bagi pendokong Gerakan Islam memahami santunan Rasulullah  s.a.w yang telah dipaparkan di dalam buku ini untuk dijadikan sandaran di dalam berurusan dengan Non Muslim.

Buku ini juga akan menggambarkan betapa luasnya Rahmat Allah yang ditunjuki Rasulullah dalam perlakuan Baginda terhadap Non Muslim. Namun, meskipun banyak ruang keharusan dan keringanan serta kelembutan Islam terhadap Non Muslim, terdapat juga pagar-pagar larangan yang tidak boleh dilangkaui apatah lagi disekongkoli.

Sirah perjuangan Rasulullah mencatatkan pelbagai lakaran hubungan yang amat rapat dengan Non Muslim. Seawal peranan Waraqah bin Naufal dan Rahib Buhayra, serapat Abu Talib, seamanah Abdullah bin ‘Urayqit dan ‘Abbas Abd Muttalib yang berperanan di dalam hijrah Baginda dan seikhlas Najashi serta pelbagai lakaran yang telah dipapar dengan baik di dalam buku ini.

Ada perkara yang boleh ditoleransikan dan ada yang tiada sebarang perbincangan. Seterusnya untuk memahamkan Non Muslim bahawa ada prinsip yang jelas diaturkan Islam dalam berinteraksi dengan mereka. Justeru amat wajar santunan Rasulullah terhadap Non Muslim yang dipaparkan menerusi buku ini dijadikan petunjuk umum dalam melayari dan menyusun kehidupan bermasyarakat majmuk.

Mana-mana pihak yang berminat mendapatkan buku ini boleh menghubungi :

Ustaz Mohd Khairi Zainudin  –  0196500927
Ketua Lajnah Penerbitan DUPP

Ustaz Azhar Yahya  –  0193642314
Setiausaha DUP Wilayah Persekutuan 
(Penterjemah dan Penyunting buku tersebut)