Laporan awal musibah pada 2 Mei lepas sebanyak 7 buah rumah musnah dalam  kebakaran di Fasa 1 Kampung Meruntum Putatan yang berlaku seawal jam 8 pagi ketika ramai penghuni baru keluar rumah untuk urusan kerja harian. Walaubagaimanapun, makluman terakhir daripada penduduk kampung memaklumkan sebanyak 9 buah rumah terbabit dengan 10 keluarga menjadi mangsa.

Sebanyak empat buah jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Sembulan dan sebuah jentera dari bomba Kem Lok Kawi membantu dan mengawal kebakaran daripada terus merebak. Penduduk yang terbabit ditempatkan di dewan serbaguna kampung berkenaan dan sebahagiannya di rumah keluarga.

Abu Nuha Corner mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk pakaian, peralatan seharian, makanan, minuman atau wang untuk dikumpul dan diagihkan kepada mangsa berkenaan.