Archive for 4 Mei 2012


Laporan awal musibah pada 2 Mei lepas sebanyak 7 buah rumah musnah dalam  kebakaran di Fasa 1 Kampung Meruntum Putatan yang berlaku seawal jam 8 pagi ketika ramai penghuni baru keluar rumah untuk urusan kerja harian. Walaubagaimanapun, makluman terakhir daripada penduduk kampung memaklumkan sebanyak 9 buah rumah terbabit dengan 10 keluarga menjadi mangsa.

Sebanyak empat buah jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Sembulan dan sebuah jentera dari bomba Kem Lok Kawi membantu dan mengawal kebakaran daripada terus merebak. Penduduk yang terbabit ditempatkan di dewan serbaguna kampung berkenaan dan sebahagiannya di rumah keluarga.

Abu Nuha Corner mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk pakaian, peralatan seharian, makanan, minuman atau wang untuk dikumpul dan diagihkan kepada mangsa berkenaan.


Sumber : di sini

PETALING JAYA, 3 Mei: Jenazah pelakon Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi telah dibawa ke Kampung Sega Tengah, Rantau, Negeri Sembilan untuk disemadikan setelah disolatkan di Masjid Kota Damansara, jam 9.30 malam ini. Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Ustaz Salehin Muhyi mengimamkan solat tersebut kira-kira jam 9.20 malam yang disertai lebih 200 jemaah. Jenazah dibawa dengan van jenazah Masjid Kota Damansara yang bertolak jam 9.50 malam. Bob Kuman disahkan meninggal dunia di rumahnya di Apartmen Salvia, Seksyen 11 Kota Damansara, jam 4.38 petang ini.

Menurut jirannya, Razali, buat masa ini (sehingga jam 6.00 petang) jenazah allahyarham masih berada di rumah dan belum diputuskan tempat untuk dikebumikan. Ketika dihubungi sebentar tadi, beliau memberitahu keluarga terdekat allahyarham akan membuat keputusan itu apabila tiba di rumah nanti. Jenazah dibawa ke Masjid Kota Damansara pada jam 6.30 petang ini untuk dimandikan.

Sementara itu, waris terdekat Bob memberitahu jenazah akan disolatkan selepas Isyak dan kemudiannya akan dibawa untuk dikebumikan di kampung allahyarham di Rantau, Negeri Sembilan. Pada 17 April lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan rombongan termasuk Nazir Masjid Kota Damansara menziarahi Bob selepas menyampaikan kuliah Maghrib di masjid berkenaan.

Kredit foto berikut : http://www.meow.my/

%d bloggers like this: