Archive for 29 Mac 2012


Satu projek sumbangan buku ‘Negara Berkebajikan Tawaran PAS’ dilancarkan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah baru-baru ini, mempelawa mereka yang berkelebihan untuk menaja atau menyumbang dalam bentuk kewangan. Buku-buku ini akan diedar dan disumbangkan kepada sasaran di seluruh Sabah.

Buku ini berharga RM6.00 sahaja setiap satu dan sebarang sumbangan boleh dimasukkan ke dalam akaun bank islam : 100 160 100 828 55 atau akaun maybank : 560 214 051 832. Sila maklumkan jumlah dan tarikh sumbangan ke emel : pas_sabah@yahoo.com

***

Buku setebal 59 muka surat ini mengandungi tujuh bahagian antara lain memuatkan penjelasan konsep negara berkebajikan, teras-teras utama, polisi-polisi umum dan 10 agenda permulaan jika PAS diberi mandat bersama Pakatan Rakyat untuk memerintah Malaysia. 10 tawaran PAS adalah seperti berikut :

1- Kerajaan beramanah, adil dan bersih
2- Masyarakat penyayang , aman dan bersatu
3- Ekonomi mampan, seimbang dan saksama
4- Pendidikan berkualiti, berdaya saing dan boleh capai
5- Perkhidmatan kesihatan cekap, berkualiti dan boleh capai
6- Kebajikan langsung, menyeluruh dan mesra rakyat
7- Keluarga harmoni, bahagia dan bermoral
8- Belia, pekerja produktif, berdaya saing dan terbela
9- Kemudahan prasarana berkualiti, cekap dan bertaraf dunia
10- Alam sekitar segar, terpelihara dan lestari

%d bloggers like this: