Archive for 21 Mac 2012


 

 

 

 

 

 

 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebut lima perkara sebelum datang lima perkara. Masa sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati.” (Hadis riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Janganlah bertangguh-tangguh dalam berbuat kebaikan dan rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. Beribadatlah, dan lakukanlah ibadat sunat disamping ibadat fardhu semasa sihat sebelum datangnya kesakitan. Bersedekahlah semasa masih kaya (berharta) sebelum ditimpa kemiskinan.

Berzikirlah sewaktu masih mempunyai kelapangan sebelum dilanda kesibukan, misalnya di waktu pagi sebelum melakukan kerja-kerja harian dan di waktu petang setelah selesai bekerja. Carilah keperluan dunia dan akhirat semasa masih muda dan mempunyai kekuatan tenaga sebelum datangnya tua dan tidak mempunyai kekuatan. Beramallah di sini (semasa berada di dunia) semasa hidup kerana ia berguna selepas kematian nanti (semasa di akhirat). Di sana kita tidak lagi dapat beramal.

%d bloggers like this: