Archive for 10 Mac 2012


Sumber : http://kesederhanaanislam.blogspot.com/

Penulis : Dr Yusuf al-Qaradhawi

Penterjemah : Mohd Lukman Said

Harga : RM20.00 (Malaysia) LE40.00 (Mesir)

TIGA SEBAB KENAPA NASKHAH EBOOK INI PATUT DIMILIKI

Pertama : Ini merupakan jawapan bagi isu yang sedang hangat di Asia Tenggara iaitu Wasatiyyah.

Kedua : Naskhah ini akan ke rumah anda, tanpa anda perlu ke kedai buku. (Naskhah hanya dalam bentuk ebook)

Ketiga : Syeikh Dr. Al—Qaradhawi mededahkan 30 teknik, maknanya dengan harga RM20 (Anda hanya membayar 20 teknik dan 10 teknik adalah percuma)

Bayaran boleh dilalukan melalui :

1. Bayaran terus ke akaun yang tertera di bawah :

Nama : Mohd. Lukman Bin Said

Nama Bank : Hsbc Malaysia

No akaun :392-681102-025

Atau

Nama : Siti Hadibah Binti Abdul Hajar

Nama Bank :Maybank

No akaun :152022039441

Sila emel bukti pembayaran kepada :molusa79@yahoo.com

2. Bayaran tunai kepada:

(Bagi yang berada di MESIR)

Nama : Pg. Mohd Hanif Bin Ag. Omar, Nombor Telefon : +2014-1047872

(Bagi yang berada di MALAYSIA)

Nama : Siti Hadibah Binti Abdul Hajar, Nombor Telefon : +6019-5520244 / +6017-5123870

Setelah pengesahan pembayaran diterima,naskhah ebook akan dihantar dalam tempoh selewat-lewatnya 48 jam insyaAllah.

Perhatikan berita berikut :

Sumber : http://malaysiakini.com/news/191635

Arahan rekod kecenderungan politik guru ditarik balik

Pejabat Pendidikan Tawau hari ini menarik balik arahan yang dikeluarkan kepada guru besar supaya merekodkan kecenderungan politik kakitangan mereka. Arahan asal yang meminta guru besar mengkategorikan kakitangan mereka, termasuk guru, sebagai ‘hitam’, ‘kelabu’ dan ‘putih’ mengikut kecenderungan politik masing-masing, adalah satu “kesilapan”, kata pegawai pendidikan daerah, Darman Shah Asakil kepada Malaysiakinihari ini.  Darman Shah berkata arahan itu adalah inisiatif Pejabat Pendidikan Tawau dan tiada kaitan dengan Kementerian Pelajaran atau Jabatan Pelajaran Sabah dalam apa jua cara.

“Ia adalah satu kesilapan dan surat itu tidak sepatutnya dihantar. Ia ditulis oleh kakitangan saya dan saya tidak semak betul-betul. Hasrat kami adalah semata-mata untuk menasihat guru-guru supaya memberi tumpuan kepada pengajaran dan tidak terlibat dalam politik,” katanya. Jabatannya, tambah Darman Shah, telah mengeluarkan surat pekeliling kepada semua guru besar memaklumkan kepada mereka tentang penarikan balik arahan asal itu.

Awal hari ini, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Puad Zarkashi memberitahu Malaysiakini tiada arahan seumpama itu dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran.

****

Baca semula ayat “Hasrat kami adalah semata-mata untuk menasihat guru-guru supaya memberi tumpuan kepada pengajaran dan tidak terlibat dalam politik”.  Kalau ayat berkenaan jujur dari hati beliau, maka tidak perlu ada putih, kelabu dan hitam. Memadai kelabu kesemua guru yang terlibat dalam politik. Bahkan jika ‘tumpuan kepada pengajaran’ dititikberatkan, patut dikaji juga guru yang terlibat dalam perniagaan, sukan, seni dan sebagainya.

Sebenarnya pa yang jelas, surat ini (walaupun sudah ditarikbalik) pejabat pelajaran diperalatkan untuk kepentingan parti pemerintah. Saya musykil, adakah terdapat surat yang sama di jabatan atau kementerian yang lain terhadap kakitangan dan penjawat awam? Inilah namanya surat cinta yang kantoi!

%d bloggers like this: