Archive for 8 Mac 2012


KISAH SYRIA 2

Halab, 28 Feb 2012 : Rakyat Syria di Halab mengiringi as-Syahid Abdul Rahman Abbas yang gugur syahid hasil kekejaman rejim Bashar Asad.

Mereka telah berbai’ah dihadapan Allah bahawa akan mempertahankan negara mereka daripada rejim Bashar Asad. Mereka tidak memerlukan sebarang bantuan ketenteraan luar, akan tetapi hanya memerlukan bantuan ubat-ubatan, senjata, kewangan dan doa daripada umat Islam sekalian. Wallahul musta’an.

Kepada yang masih tidak tahu atau sengaja tidak mengambil tahu berkenaan apa yang telah berlaku di Syria, lihatlah video ini. Mereka dibunuh, disembelih, dan wanita-wanita mereka dirogol dengan begitu kejam hampir setiap hari. Wallahul musta’an.

Apa yang anda perlu tahu berkaitan PINDAAN PERLEMBAGAAN negara Syria?

1) Ia dipinda setelah kematian di pihak rakyat mencecah 9 ribu orang.

2) Pindaan tersebut mengehadkan tempoh Presiden memegang jawatan hanya dua penggal dan tempoh setiap penggal selama 7 tahun.

3) Pungutan suara rakyat atau referendum berkaitannya telah diadakan pada Ahad, 26 Februari lalu.

4) Semua pertubuhan pembangkang termasuk Ikatan Ulamak Syria menyatakan pendirian tidak bersetuju terhadap pindaan tersebut dan menyifatkan “ia sesuatu yang sudah terlambat” sekalipun terdapat di kalangan beberapa orang ulamak yang bercanggah dengan keputusan Ikatan Ulamak Syria yang bersetuju dengan pindaan tersebut antaranya Mufti Syria,Syeikh Ahmad Hasun dan Syeikh Ramadhan Al-Bouti.

5) Mereka sepakat untuk memboikot pungutan suara tersebut dan menyeru rakyat untuk tidak turun mengundi.

6) Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan peratusan keluar mengundi sebanyak 57.4% dan rakyat yang bersetuju terhadap pindaan itu sebanyak 89.4% dan yang tidak bersetuju hanya 9% dan baki adalah undi rosak.

7) Berdasarkan keputusan tersebut bermakna Basyar Al-Asad akan kekal memerintah selama 14 tahun lagi.

8) Sumber kumpulan pembangkang melaporkan, tentera kerajaan mengugut rakyat dan memaksa mereka keluar mengundi. Terdapat juga laporan bahawa kerajaan memasang kamera CCTV di dalam tempat mengundi bagi merakamkan tindakan rakyat sama ada mengundi bersetuju atau tidak atau mereka yang menulis sesuatu yang mengutuk Basyar di atas kertas undi.

Mushaf Al-Quran berdarah ini diperolehi dari poket pakaian seorang syahid di wilayah Homs. Darahnya dan Al-Quran yang mulia ini bakal menjadi saksi di hadapan Allah kelak. Ya Allah! Terimalah dia di sisiMu

Lagi batalion askar Syria yang berpaling tadah daripada rejim Bashar untuk berjihad bersama tentera rakyat menentang rejim Bashar Asad. Wallahul musta’an.

Ikuti laporan dari Moustafa Osman ( Islamic Relief) dari Sempadan Lebanon-Syria dalam usaha membantu pelarian dan rakyat Syria.

Hari ini (Jumaat, 2 Mac 2012) rakyat Syria menamakan Hari Jumaat Menyelamatkan Tentera Hurrah (tentera yang bersama rakyat). Doakan kami sentiasa bersama kalian wahai saudaraku di Syria.

Kejadian berdarah di pinggir Halab

‎2 Mac 2012, Jumaat Taslihu (bekalkan senjata) untuk Tentera Hurrah : Perhimpunan besar-besaran di daerah Homs Khalidiya yang dihadiri oleh tentera Syria Hurrah. Mereka bersumpah untuk tidak berhenti sehingga runtuhnya rejim. Wallahul musta’an.

Rakyat Lubnan yang prihatin merancang mengadakan himpunan menyokong rakyat Syria pada 4 Mac ini. Tetapi seorang pemimpin Parti Ba’ath di Lubnan , Haitham Ad-Dairani berkata, para penyokong parti itu akan turun dengan senjata bagi menentang himpunan tersebut. Parti Ba’ath di Lubnan itu merupakan cawangan kepada Parti Ba’ath di Syria yang dipimpin oleh Basyar Asad pada hari ini.

Seorang Ahli Parlimen Kuwait ketika membahaskan usul krisis Syria dalam Parlimen negara itu mengoyak dan memijak kertas perlembagaan baru negara Syria yang dicadangkan oleh Basyar Asad.

Idlib, 4 Mac 2012 : Rakyat Syria terus teguh bersama-sama untuk menggulingkan rejim Bashar. Mereka melaung-laungkan bahawa rakyat mahu bekalkan senjata kepada tentera yang bebas. Hal ini kerana, mereka sudah kekurangan senjata untuk berhadapan dengan tentera rejim Bashar. Insya-Allah moga Allah menguatkan mereka. Wallahul musta’an.

Ahmed Toyyib El-Kauki, Ketua Pasukan Kempen Antarabangsa Bantuan Rakyat Syria menyifatkan revolusi yang berlaku di Syria sebagai “yatim dan sebatang kara” sebagai perumpamaan terhadap tiada apa-apa pertolongan dari dunia sekalipun setiap hari peluru-peluru tentera rejim menembusi dada-dada rakyat sambil melahirkan rasa hairan dengan sikap Basyar yang seakan-akan tidak mengakui krisis yang berlaku dalam negaranya.

El-Kauki berucap di Himpunan Rakyat Membantu Rakyat Syria anjuran Ikhwan Muslimin Fayoum. Jelas El-Kauki lagi, lebih menyedihkan apabila pihak tentera rejim membunuh rakyat secara beramai-ramai, menyerang masjid dan membunuh para imam. Selain itu, dinding-dinding masjid turut diconteng dengan kalimah kufur dan mendewa-dewakan pemimpin rejim negara itu.

Sebutir bom meletup di tengah-tengah himpunan anti-Basyar di bandar Rastan yang mengorbankan 16 nyawa pada hari Jumaat dua hari lepas dan menyebabkan kecederaan kepada puluhan yang lain. Kumpulan pembangkang turut mengumumkan 47 kematian terutama di bandar Homs. Antara mereka ialah 3 orang kanak-kanak dan dua wanita.

Sementara pada Khamis lepas, tentera Syria yang berpaling tadah yang membantu melindungi rakyat terpaksa berundur dari Baba ‘Amru ekoran kekurangan senjata dan peluru bagi berhadapan lebih dari 7,000 tentera rejim Basyar. Baba ‘Amru yang terletak di dalam wilayah Homs sudah digempur sejak 4 Februari 2012 lalu dan dalam tempoh itu, rakyatnya digempur habis-habisan oleh tentera rejim menggunakan meriam, kereta kebal dan pelancar roket tetapi mereka masih tabah dan meneruskan perjuangan.

“Apakah dosanya dia dibunuh?” Mayat seorang kanak-kanak perempuan yang terbunuh akibat letupan bom di Rastan pada 4 Mac 2012.

Adakah anda sanggup melihat mereka menderita hingga ke tahap ini? Dua kanak-kanak ini terpaksa mengumpulkan air hujan dan salji yang turun bagi meneruskan kehidupan seletah bekalan air dipotong oleh tentera rejim.

Video rahsia yang dicuri: Tentera rejim melakukan penyeksaan terhadap rakyat Baba ‘Amru bertarikh 4 Mac 2012, beberapa hari selepas tentera yang berpaling tadah dilaporkan terpaksa berundur akibat kekurangan senjata.

Dalam tempoh 24 jam lalu, beratus-ratus rakyat Syria lagi terpaksa menyelamatkan diri dan keluar menuju sempadan Lubnan dalam keadaan musim sejuk dan kadang-kadang terpaksa berhadapan dengan sajli tebal yang masih melanda negara itu. Di Wadil Biq’a di Lubnan, sumber melaporkan terdapat 100 hingga 150 keluarga dari Syria telah tiba di kawasan tersebut sejak petang Ahad lalu.

Revolusi Syria amat berbeza jika dibandingkan dengan revolusi di negara-negara lain. Berbeza dari Mesir, Tunisia, Libya dan Yaman. Sekalipun terdapat kematian di pihak rakyat awam di negara-negara tersebut, tetapi hanya dalam jumlah yang kecil dan tempohnya amat singkat. Di Mesir sebagai contoh, kematian di pihak rakyat hanya sekitar 300 orang dan revolusinya hanya mengambil masa 18 hari.

Di Syria, revolusi sudah bertukar kepada “penyembelihan rakyat” dan nasib umat Islam di Bosnia, Palestin dan Chehchnya kini menimpa rakyat Syria. Lebih malang, dunia memejamkan mata dan memekakkan telinga tanpa apa-apa bantuan dihulurkan walaupun melalui perkataan. Jika di Bosnia, tentera Serb melakukan penghapusan etnik, maka di Syria operasi penghapusan pengikut Sunni dilakukan oleh rejim Syiah Nusairi sekular Syria. Benarlah kata “REVOLUSI SYRIA YATIM” yang diucapkan oleh seorang pemimpin kumpulan tentera Syria yang berpaling tadah, Riyadh Mousa El-‘As’ad.

Saya ingin bercerita dengan bahasa yang mudah difahami oleh majoriti pembaca saya. Saya mahu berkongsi satu nikmat yang saya perolehi satu ketika dahulu.

Semasa hendak melanjutkan pengajian di Mesir dulu, antara perkara sasaran saya ialah bertalaqqi al-Quran semula dengan syaikh al-Quran di sana. Bersama sahabat-sahabat sepengajian di Maahad Qiraat al-Azhar Shoubra, kami menadah kitab al-Quran bertalaqqi dengan para masyaikh. Saya pula berpeluang berguru dengan Syaikh Muhammad Abdun Nabiy, yang saya kira amat akrab dengan siswa Malaysia sehingga sekarang.

Antara teman talaqqi saya ialah Ustaz Azroy dan Sheikh Adib (saya tidak tahu di mana mereka bertugas sekarang. Cuma Sheikh Adib saya ketahui sebagai seorang kolumnis di Majalah Gen-Q terbitan Telaga Biru. Saya rasa ada teman-teman lain tapi saya terlupa. Sahabat-sahabat lain ada yang bertalaqqi qiraat, tasmik al-Quran atau tasmik mutun Qiraat. Saya tahu Syaikh Muhammad menerima dengan berlapang dada.

Talaqqi saya berlangsung sehingga khatam tidak sampai 6 bulan rasanya. Ia berlangsung di Masjid al-Khazandarah (?) bersebelahan dengan maahad atau di rumah sewa kami tidak jauh dari situ. Hanya majlis khatam diadakan di apatment 8, Wisma Yayasan Sabah Kaherah (WYSK) sebelum saya balik bercuti ke Sabah beberapa minggu kemudian.

Apakah yang menarik perhatian orang seperti saya untuk bertalaqqi dengan syaikh-syaikh di sini? Sebagai orang baru yang menjejakkan kaki ke bumi Mesir ketika itu, cerita bertalaqqi dengan bersanad adalah sesuatu yang baru saya ketahui. Saya teruja kerana peluang itu terbuka di hadapan mata apatah lagi berguru dengan syaikh berbangsa arab yang pada pendapat saya tentulah sebutan mereka lebih baik dan mantap lagi.

Apakah bertalaqqi itu? Mudah cerita, bertalaqqi ini ialah kita mengaji kitab secara berhadapan dengan guru. Kita baca dan dia dengar dan tegur jika silap. Apakah pula  bersanad itu? Senang fahamnya begini, bacaan kita itu bertalian sehingga kepada Rasulullah SAW. Saya bertalaqqi dengan Syaikh Muhammad; Syaikh Muhammad bertalaqqi dengan Syaikh B, Syaikh B bertalaqqi dengan Syaikh C, dan seterusnya sehinggalah bersambung dengan Rasulullah SAW. Sementara Rasulullah SAW bertalaqqi dengan Malaikat Jibril AS dan daripada Allah Azza wa Jalla.

Sanad itu direkodkan secara hitam putih dan diijazahkan kepada mereka yang layak menerimanya. Saya bertalaqqi antara pertengahan tahun 2000 dan khatam awal tahun 2001 di hadapan sahabat-sahabat serumah. Kami berkenduri, dan saya membekali Syaikh Muhammad antaranya dengan dua ekor ayam panggang untuk beliau sekeluarga. Hanya sayang ketika itu sijil sanad itu hilang di tangan kawan saya yang diamanahkan untuk membawa pulang ke Malaysia.

Hanya baru-baru ini saya meminta bantuan adik-adik di Shoubra untuk meminta simpati Shaikh Muhammad agar memberikan satu lagi salinan sijil sanad itu sebagai kenang-kenangan saya. Untuk itu terima kasih saya rakamkan buat Mahadir Amboala, anak Sabah yang mengaji di sana ketika ini yang banyak membantu berurusan dengan Shaikh Muhammad serta Ustazah Azlinah Abdul Ghani yang membawakan pulang ke tanah air. Saya baru menerimanya beberapa hari lepas dengan rasa gembira dan syukur sekali. Ini kisah 10 tahun lalu dan saya tetap mensyukurinya.

Alhamdulillah.

%d bloggers like this: