Sumber artikel : Wikipedia

Jalan Tuanku Abdul Rahman atau dulunya Batu Road merupakan jalan terkenal dan penting di Kuala LumpurMalaysia. Jalan ini dinamakan sempena Yang di-Pertuan Agong pertama Malaysia. Ia terletak di kawasan perniagaan Kuala Lumpur dan berdekatan dengan Dataran Merdeka danIndia Kecil (Jalan Masjid India).

Di bahu jalan ini terdapat bangunan-bangunan sebelum perang dengan ciri unik yang masih dipelihara. Kebanyakan kedai perniagaan seperti GS GillP. Lal dan PH Henry juga masih memilih untuk kekal di sini. Antara kompleks membeli belah moden yang ada di sini adalah Sogodan Maju Junction.

Setiap hari Sabtu di antara pukul 5 petang ke 10 malam, Lorong Tuanku Abdul Rahman ditutup untuk kenderaan bagi memberi ruang kepada pasar malam yang menawarkan pelbagai kain, tekstil, baju, barangan tempatan dan makanan pada harga yang menarik.