Sumber : http://www.darulquran.gov.my/
DARUL QURAN merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang Tahfiz Al-Quran yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA), mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian Diploma Tahfiz Al-Quran.
KURSUS YANG DITAWARKAN:
Kursus dijalankan mengikut sistem semester selama 3 tahun (6 semester). Anda akan dibimbing dan dilatih sebagai seorang Hafiz dan Hafizah yang mampu menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Subjek yang ditawarkan meliputi bidang Pengajian Al-Quran, Qiraat, Dakwah, Syariah, Hadis dan Muamalat.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:
1. Berumur tidak melebihi 21 tahun dan belum berkahwin.
2. Lulus SPM dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran:
- Bahasa Melayu,
- Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/Pendidikan Syariah Islamiah/Pendidikan Islam/Tasawwur Islam,
- Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab Komunikasi dan,
- Lulus Bahasa Inggeris atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengan SPM.
Calon-calon yang sedang mengikuti pengajian di mana-mana Maahad Tahfiz Negeri yang menyertai pengajian bersama Program Diploma Tahfiz di Darul Quran adalah tidak layak memohon.
YURAN PENGAJIAN:
Yuran pengajian tidak dikenakan. Elaun Pengajian akan dipertimbangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk pelajar-pelajar Darul Quran.
CARA MEMOHON:
Permohonan secara atas talian (online) boleh diisi melalui laman sesawang:
a) http://www.darulquran.gov.my/
b) http://www.islam.gov.my/
UJIAN & TEMUDUGA:
Calon-calon yang berkelayakan akan dipanggil untuk temuduga dan menduduki ujian bertulis. Sila semak senarai nama dalam talian dan bawa borang permohonan yang telah dicetak semasa temuduga.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN:
Tarikh tutup permohonan 10 hari selepas keputusan SPM diumumkan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Telefon: 03-60635333 atau 03-60635349 / 5350 / 5351
Faks: 03-60645497
MAKLUMAN:
• Calon-calon yang tidak menerima apa-apa makluman selepas 7 Mei 2012 adalah dianggap tidak berjaya.