Antara menarik dalam video :
1. Penjelasan Dr. Yusof al-Qaradhawi ttg situasi Syria
2. Suasana di Baba Omar, Syria pada 14 Febuari – Rakaman LIVE oleh penduduk Syria
3. Rakaman tentera Asad yang memaksa rakyat mengucapkan : “Tiada Tuhan Melainkan Bashar Asad”
4. Rakaman Janji Setia pemuda-pemuda Syria untuk berjuang.
5. Antara Tentera bersama rakyat

****************

Dewan Ulamak : Qunut Nazilah untuk Penyembelihan Rakyat Syria

Kuala Lumpur, 18hb Febuari 2012.Dewan Ulama Pas Pusat menyokong penuh resolusi mengecam pelanggaran hak asasi manusia di Syria dan menggesa agar Presiden Bashar al-Assad meletakkan jawatan yang dikemukakan oleh Mesir kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan disokong oleh 137 negara. Demikian tegas Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dr Khairuddin Aman Razali At-Takiri ketika mengulas tentang perkembangan terkini yangberlaku di Syria yang menyaksikan penyembelihan rakyat yang tidak berdosa oleh Rejim Basyar.

Justeru itu menurut beliau, Dewan Ulama Pas Pusat menggesa umat Islam melakukan Qunut Nazilah dalam solat- solat mereka mendoakan kemenangan bagi pejuang Islam di Syria yang berjuang menentang kezaliman serta berdoa agar Allah Taala menurunkan hukuman selayaknya di dunia terhadap pemerintah yang zalim. Ujar beliau lagi,kezaliman Bashar Asad yang telah mencapai kemuncaknya sejak 8 bulan yang lalu menyaksikan pembunuhan ribuan rakyat yang tidak bersenjata.

Menurut laporan AlArabiya.net, serangan tentera Syria yang telah masuk ke hari ke 13 menggunakan peluru berpandu dan kereta kebal terhadap rakyatnya di bandar Hims telah membunuh 678 orang Islam termasuk kanak- kanak di samping menghancurkan sepenuhnya puluhan bangunan. Satu laporan menjelaskan sejak kebangkitan di bandar Hims pada bulan Mac 2011 seramai 3370 penduduk Hims telah dibunuh. Jumlah yang terbunuh dicampur dengan bandar- bandar lain sehingga kini melebihi 8380 orang.