Archive for 17 Februari 2012


Khatib : Ustaz Abdul Rahman Ismail

Lokasi : Masjid Jamek Kg Ulu Putatan

“Dan demi sesungguhnya, Kami telah utuskan kepada setiap umat itu seorang rasul, mengajak mereka menyembah Allah dan menjauhi taghut..” (an-Nahl)

“Dan apa-apa yang didatangkan oleh Rasul kepada kamu hendaklah kamu ambil, dan apa-apa yang dilarang keatas kamu melakukannya, maka hendaklah kamu tinggalkan..” (al-Hasyr)

“Dan Kami turunkan kitab al-Quran bagi menjelaskan tiap sesuatu..” (an-Nahl)

Marilah seluruh umat Islam, sebagai membuktikan kecintaan kepada Nabi SAW agar melaksanakan seluruh ajaran Islam dalam kehidupan, meningkatkan kefahaman dan kesedaran terhadap ilmu-ilmu Islam dan menghayatinya dalam kehidupan yang bersifat sementara ini sebelum menghadapi saat kematian dan berhadapan di mahkamah Allah SWT.

Foto hiasan dari google.

Sumber : http://dakwahkemaman.blogspot.com/

-oleh BayangDiAir

Pak Teh  hampir menjangkau 90 tahun umurnya. Dalam usia selanjut itu, Tuhan masih memberi kesihatan kepadanya sehingga dia mampu untuk bekerja dan bergerak ke sana ke mari. Jangan terkejut kalau diberitahu bahawa beliau ialah ahli Unit Amal PAS. Usia dan kudrat yang semakin terhakis tidak pernah dijadikannya sebagai alasan untuk tidak berjuang. Memang teramat sukar untuk mencari di dunia ini manusia setua ini yang masih sanggup menginfakkan tenaganya untuk Islam.

Pak Teh adalah seorang miskin dan mempunyai beberapa orang anak dan cucu-cicit. Hidupnya susah namun kecintaannya dan komitmennya terhadap perjuangan mendaulatkan Islam amat dikagumi. Kata Pak Teh, “saya dah rasa susah hidup di dunia. Jadi saya tidak mahu susah pula apabila di akhirat nanti” Itulah kata-kata suci yang pernah terpancul dari mulut orang tua kampung ini. Maka tidak hairanlah sejak muda hingga tua Pak Teh istiqamah mengikuti aktiviti-aktiviti Unit Amal di seluruh pelosok tanah air hatta ke Sabah sekalipun selagi ada orang sanggup membawanya.

Apakah peranan orang tua ini? Kerjanya ialah kerja yang biasa dilakukan oleh anak-anak muda iaitu menampal poster, mencacak dan menggantung bendera dan selalunya dialah yang sering menjadi tukang masak dalam program-program parti.

Kini Pak Teh telah menemui Tuhannya akibat satu kemalangan. Jenazah orang tua yang tidak dikenali ramai ini telah disembahyangkan oleh orang ramai sehingga melimpah masjid malah kubur beliau telah dikunjungi sampai ke waktu malam. Bagai tidak munasabah situasi ini berlaku kepada seorang tua yang tidak terkenal di cawangan. Adakah antara yang ramai itu juga terdiri daripada para malaikat? WalLahu’alam. Yang pasti ialah ramai yang mengenalinya menumpahkan air mata apabila mengimbas pada perjuangannya.

Mudah-mudahan roh Pak Teh sedang berada dalam golongan hamba-hamba Allah yang saleh. Demikianlah apa yang diceritakan oleh Ustaz Rosli Jabar melalui kuliah beliau. Pak Teh bukanlah insan contoh yang wujud pada zaman Nabi s.a.w. atau para sahabat. Pak Teh ialah model pejuang tulen pada era globalisasi ini. Aku rasa malu pada Pak Teh. Sebagai orang muda aku hanya mampu menulis artikel ini sedangkan Pak Teh setua itu mampu berjuang di tengah gelannggang jihad fi sabilillah. Anda pula pada darjat mana?

%d bloggers like this: