Archive for 9 Februari 2012


Seperti biasa suasana dan sambutan Maulidur Rasul SAW tetap meriah di Surau Riyadhus Solihin Taman Austral. Empat ekor kambing tumbang sempena sambutan kali ini. Tiga ekor atas niat aqiqah dan seekor lagi kenduri kesyukuran Ustaz Mohammad Suaid dan Ustaz Muhasibi yang telah menyelesaikan ijazah sarjana muda mereka tahun lepas.

Itulah Surau Austral saya sukai kerana kerjasama padu AJK dan jamaahnya terutama dalam soal-soal kegiatan dan majlis-majlis keagamaan dan himpunan seperti ini. Kerja-kerja gotong royong telah dimulakan sejak pagi sabtu lagi dan berlanjutan sehingga majlis berakhir. Syukur juga ada di kalangan jamaah yang meninfaqkan sedikit harta mereka untuk sumbangan kepada anak-anak yatim dan fakir miskin malam itu.

Majlis malam itu dipengerusikan Ustaz Mohammad Suaid didahului dengan bacaan al-Quran oleh 3 qari iaitu adik Bahtiar Haji Yaharuddin (13 tahun, pelajar SMKA KK), Ustaz Agus Latif Hamzah (guru PPI an-Nur) dan Imam Saidin Arpha (Imam Rawatib Masjid Negeri Sabah). Majlis kemudian diiringi dengan tayangan klip sedutan ceramah Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din berkenaan mimpi beliau bertemu Rasulullah SAW yang membuatkan hadirin merasa sebak dengan kisah tersebut.

Ustaz Zainal Malang dari Yayasan asy-Syafiiyyah mengambil tempat untuk menyampaikan ceramah beliau. Antara lain beliau mengajak umat Islam lebih mendalami ajaran Islam lalu beramal dengan bersungguh-sungguh, menerima Islam secara keseluruhan, bukan secara berpilih-pilih. Maka proses memahami ajaran Islam katanya mesti melalui ilmu dan umat Islam mesti mencari ruang untuk mendalami Islam dengan menyertai kuliah-kuliah di masjid, surau atau di mana sahaja.

Selepas ceramah, majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan miskin dari beberapa buah sekolah di Kota Kinabalu dan Penampang. Majlis kemudian diteruskan lagi dengan majlis bersolawat dipimpin oleh Imam Saidin Haji Arpha.

 

BICARA SELEBRITI 2012 

KELANTAN TRADE CENTRE

25 JANUARI 2012

Hiburan di Malaysia, ke mana arah tujunya?

Moderator

Amin Idris

Panelis

Nora Arifin

Mamat Khalid

Dr Zaharuddin Abdul Rahman

%d bloggers like this: