Archive for 4 Februari 2012


KAMBING BOER

Pertama kali berkunjung ke sini pada 1hb, rabu lepas, diajak oleh Ustaz Mohammad Suaid bersama dengan Ustaz Abdul Mujib dan Ustaz Murtadha untuk persiapan majlis aqiqah dan sambutan maulidur Rasul SAW peringkat Surau Riyadhus Solihin Taman Austral pada malam ini dan malam esok. Malam ini diadakan majlis aqiqah untuk anakanda Ustaz Murtadha Mansar dan malam esok dengan empat ekor kambing pula.

Kami dimaklumkan pusat pembiakan kambing ini beroperasi sejak akhir tahun 2005 dan kini mempunyai sekitar 1000 ekor kambing dengan 25 orang pekerja sama ada di pejabat atau menjaga di kandang. Kami melihat kambing pelbagai umur, termasuk yang baru berusia sehari semalam dan masih menyusu dengan ibunya. Ibunya baru beranak 2 ekor, tapi seekor pula baru mati sebelum kami tiba. Ada anak-anak kambing yang baru berumur seminggu dua, galak berlari dan melompat ke hulu ke hilir.

Sebenarnya, seronok pula melihat ratusan kambing membiak dan membesar di sini. Jadi untuk ke Kampung Kabang ini melalui Jalan Papar Lama dan kemudian mengikut jalan Kampung Simpudu sebelum bertemu kampung berkenaan.  Lima ekor kambing boer dibeli dan pihak mereka akan menghantar  kemudian dengan harga antara RM700 setiap seekor.

Artikel dari KPD : (http://www.sabah.gov.my/kpd/)

Kambing Boer ini dipilih memandangkan ia adalah salah satu baka kambing pedaging paling popular di dunia yang memiliki kadar tumbesaran yang cepat, kesuburan yang tinggi, kualiti karkas yang baik, kualiti daging yang rendah kolestrol, ketahanan terhadap penyakit yang tinggi serta keupayaannya menyesuaikan diri di dalam pelbagai sistem pemeliharaan dan iklim.

Oleh itu baka ini sangat sesuai sebagai kambing pedaging bagi memenuhi permintaan daging kambing yang semakin meningkat pada masa kini. ‘Competitive advantage’ dalam bidang ternakan yang dimiliki negeri Sabah seperti bebas daripada beberapa jenis penyakit utama ternakan khususnya penyakit kuku dan mulut (FMD) menjadi salah satu faktor utama yang membolehkan hasil-hasil ladang menembusi pasaran eksport ke luar negara pada masa hadapan.

Umat Islam dijemput hadir. Kuliah adalah percuma.

%d bloggers like this: