Archive for 2 Februari 2012


KENDURI DI KAMPUNG RUDANG

Seronok melihat kesatuan masyarakat kampung berkenduri ketika kami berziarah untuk sesi rawatan di sana. Di rumah keluarga Haji Jamari Sikin, selepas zuhur ahad lepas ada majlis kenduri dan tahlil arwah. Alang-alang ketibaan kami, wakil tuan rumah mempersilakan Yang Mulia Ustaz Haji Muchlish Ali Kasim untuk memimpin bacaan tahlil.

Kami ada juga bercerita tentang kehebatan orang-orang Kota Belud sehingga terdapat kalangan mereka yang memegang jawatan penting. Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar adalah orang Kota Belud, Speaker DUN Sabah DSP Salleh Tun Said juga orang Kota Belud. Pengarah SIRIM Sabah Tuan Haji Khairan juga orang Kota Belud (kami bertemu abang beliau di sini). Oh ya jangan lupa, imam besar Masjid Negeri Sabah ketika ini, Ustaz Ibrahim Kisab juga orang Kota Belud.

Di sini juga kami bertemu beberapa orang yang kami kenali pernah menjadi jamaah tetap Masjid Negeri Sabah satu ketika dahulu, tetapi apabila sudah bersara daripada perkhidmatan awam, beliau kembali ke kampung halaman. Ada beberapa jamaah di sini turut mengenali Ustaz Haji Muchlish yang pernah membimbing mereka dalam siri-siri kursus haji beberapa tahun lepas.

Tidak lupa kisah-kisah politik di sini yang juga dikhabarkan panas. Kisah-kisah ini mewarnai permusafiran kami ke Kampung Rudang Kota Belud, khususnya ketika bersembang dengan mereka. Saya juga bertemu seorang pelayar tegar blog Abu Nuha Corner, fotonya yang bawah sekali. Heheh, selamat melayari blog ini. Siapa lagi mahu jumpa, kita boleh bergambar bersama.

Sejak akhir januari dan sepanjang bulan februari ini, insya Allah tazkirah-tazkirah zuhur setiap hari rabu di Masjid Negeri Sabah akan menyentuh tentang topik-topik  berkaitan Rasulullah SAW. Sehubungan dengan itu bagi pihak seluruh JK Syukbah Dakwah Masjid Negeri Sabah terus menggesa umat Islam agar menyertai siri-siri tazkirah ini setiap minggu.

Selain itu sebagai ingatan, pada bulan februari ini juga genaplah setahun tazkirah zuhur setiap rabu diadakan. Tazkirah ini bermula pada rabu pertama februari 2011 atas cadangan para jamaah juga. Pihak kami melihat keperluan untuk mengembangkan kali promosi program tazkirah ini, apatah lagi kehadiran yang turun naik di Masjid Negeri Sabah ketika tazkirah berjalan.

Walaubagaimanapun, kami mengucapkan terima kasih atas sokongan dan dokongan semua jamaah yang terlibat, sama ada hadir atau memberikan imput-imput berguna untuk kebaikan bersama. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada kita semua. Amin!

%d bloggers like this: