Archive for 26 Disember 2011


SURAU KOMPLEKS KARAMUNSING

Apabila Ustaz Jumat albelurani ada menceritakan kerja-kerja meletak kiblat di Surau Kompleks Karamunsing, barulah saya tahu adanya surau di bangunan kompleks membeli belah berkenaan. Bercerita tentang lokasi dan sifat surau berkenaan, saya sangat berkenan sekali.

Ia berada di tingkat 10, benar-benar dekat dengan pintu lif. Jadi kedudukannya amat sesuai dan selamat. Cuma saya kurang pasti, ada atau tidak papan tanda arah untuk ke surau kerana saya sendiri tersilap tingkat sebelum itu. Surau berkenaan terbahagi dua bilik. Satu untuk lelaki dan satu untuk perempuan dipisahkan oleh pintu yang berlainan tapi bersebelahan. Hanya satu saya kurang setuju, kalau berdasarkan arah kiblat, surau untuk lelaki berada di belakang dan surau muslimat pula berada di hadapan.

Ruang dalam surau lelaki boleh memuatkan kira-kira 50 orang pada satu-satu masa. Hanya paip wudhu’ ada dua campur satu guna singki, satu rak kasut dan tempat sidaian kain pelikat dan sajadah. Secara keseluruhannya, ia bagus dan surau ini selesa dengan catatan menambah ruang wudhu’nya. Kalau ditukarkan ┬ábilik solat itu – lelaki dan perempuan pun bagus juga. Semoga catatan ini menjadi panduan untuk umat Islam yang berurusan di bangunan ini untuk menunaikan solat di surau itu ini. Naik lif tingkat 10 ya.

Arena Futsal, Kota Bharu Kelantan :

Manjoi Ipoh Perak :

Masjid Bandar Baru Bangi, Selangor :

Masjid Bandar Baru Uda, Johor Bahru :

Masjid Negeri, Kuantan Pahang :

Masjid al-Falah USJ, Selangor :

Universiti Islam Antarabangsa (UIA) :

Foto-foto disedut dari web dan facebook Ustaz Azhar Idrus, facebook peminat Ustaz Azhar dan sebagainya.

%d bloggers like this: