Alhamdulillah, laku juga saya rupanya (hihihi) apabila turut dipanggil oleh pihak penganjur Islamic Summer Camp (ISC) untuk  mengisi salah satu slot dalam program mereka di Beringgis Advanture Park hujung minggu lalu. Kata penganjur ada lebih kurang 80 orang anak muda dari Sipitang hingga ke Ranau.

Sebenarnya saya sudah membawa kamera untuk merakam beberapa aksi aktiviti mereka. Tapi saya lihat anak-anak muda yang berbakat tinggi, ramai yang mengusung kamera besar dan mahal, saya biarkan saja kamera saya itu terkurung di bonet kereta. Foto dan video lewat youtube di atas, menunjukkan kesungguhan mereka – penganjur dan peserta – anak-anak muda ini menjadi agen Islam khususnya di Sabah ini.

Tidaklah saya berhasrat mengulas panjang-panjang melainkan setinggi ucapan tahniah dan penghargaan kepada semua yang terlibat. Semoga program ini menggamit hati dan akal mereka untuk terus menyumbang dalam gerakan Islam selepas ini di kampung dan kawasan masing-masing.