Archive for 21 Disember 2011


ISC G-5

 

Alhamdulillah, laku juga saya rupanya (hihihi) apabila turut dipanggil oleh pihak penganjur Islamic Summer Camp (ISC) untuk  mengisi salah satu slot dalam program mereka di Beringgis Advanture Park hujung minggu lalu. Kata penganjur ada lebih kurang 80 orang anak muda dari Sipitang hingga ke Ranau.

Sebenarnya saya sudah membawa kamera untuk merakam beberapa aksi aktiviti mereka. Tapi saya lihat anak-anak muda yang berbakat tinggi, ramai yang mengusung kamera besar dan mahal, saya biarkan saja kamera saya itu terkurung di bonet kereta. Foto dan video lewat youtube di atas, menunjukkan kesungguhan mereka – penganjur dan peserta – anak-anak muda ini menjadi agen Islam khususnya di Sabah ini.

Tidaklah saya berhasrat mengulas panjang-panjang melainkan setinggi ucapan tahniah dan penghargaan kepada semua yang terlibat. Semoga program ini menggamit hati dan akal mereka untuk terus menyumbang dalam gerakan Islam selepas ini di kampung dan kawasan masing-masing.

Sehingga kini ada 14 ekor arnab dewasa, 30 ekor anak-anak ayam pelbagai jenis (ayam telur, ayam kambing dan ayam kacukan), 4 ekor ayam dewasa, 2 ekor kucing jantan dan 2 ekor labi-labi yang baru dibeli ahad lalu.

14 ekor arnab itu termasuk seekor yang dihadiahkan oleh sahabat saya, Anizan Mahruf – terima kasih! Puncanya kerana beberapa ekor arnab miliknya mati seekor demi seekor dan kemudian hanya tinggal seekor, maka itulah dihadiahkannya. Di rumahnya ada belasan kucing-kucing pelbagai jenis dan cantik-cantik pula. Tempoh 4 tahun setakat ini memelihara arnab banyak memberi kenangan ┬ámenarik dan ilmu berguna. Ada yang sudah disempat disembelih dan dimakan, banyak juga yang mati kecil dan ketika sudah dewasa.

Kedua-dua kucing yang ada pula kesemuanya jantan dan hadiah orang. Seekor tinggal di rumah dan menjadi kesayangan atok sementara seekor lagi di kandang khas, kerana selalu ‘membuang’ di dalam rumah. Yang tinggal di rumah namanya Syomeng pemberian keluarga tionghua di Petagas kerana kucingnya. Syomeng agak kasar dengan kami kecuali atok, tapi agak memilih makanan, mau makanan yang standard, tidak mahu makan tulang-tulang ikan atau ayam seperti yang lain. Dia mahu ikan yang bermasak terutamanya digoreng. Dalam hal itu, atoklah yang melayan kehendaknya, sehingga jelas Syomeng pun suka menguis-nguiskan tubuhnya ke kaki atok.

Kebiasaan memelihara anak-anak ayam akan ada yang mati awal. Pernah sekian puluh yang dibeli dan seekor demi seekor mati sehingga habis sebelum sempat membesar. Ada juga yang bertahan sampai dewasa sehingga ia boleh dimanfaatkan, ayam kambing atau ayam karan yang cepat membesar untuk disembelih dan dimakan, ayam telur yang boleh bertelur dan ayam kampung yang bertelur dan menetaskan telur sehingga anak-anaknya tergedik-gedik mengekor di belakang.

Labi-labi itu saya beli tanpa dirancang. Kata Apek yang menjual, makanannya tidak cerewet seperti ikan, ia makan apa yang dimakan oleh manusia. Juga tidak perlu alat-alat oksigen seperti ikan. Setakat beberapa hari ini agak ok, saya tidak tahu apa akan jadi pada masa depan. Kata orang, ada bahagian ditubuhnya yang boleh dibuat ubat untuk penyakit. Saya baru mendengarnya.

%d bloggers like this: