Archive for 15 Disember 2011


KURANG 48 JAM

Ceritanya bermula 2 minggu lalu apabila siswa-siswa Ma’ahad Tahfiz Sabah meminta saya memberi sedikit tazkirah ┬áselepas solat fardhu maghrib di surau ar-Rahman. Sesudah isyak kami berbincang santai agar satu sesi kuliah maghrib secara tetap diadakan, kerana di surau mereka tidak ada langsung pengisian kuliah maghrib. Maka saya ada mencadangkan kuliah maghrib jumaat malam sabtu dengan memilih buku ‘Indahnya Hidup Bersyariat’ yang terkenal itu.

Lewat facebook peribadi saya, baru-baru ini saya lancarkan sumbangan buku ‘Indahnya Hidup Bersyariat’ untuk sebanyak 30 buah buku – berdasarkan jumlah siswa siswi huffaz yang ada sekarang di maahad berkenaan. Alhamdulillah, saya menerima sokongan dan dukungan yang agak mengejutkan juga daripada teman-teman facebook, menunjukkan kesedaran untuk menyumbang dan mengembangkan harta mereka ke jalan yang diridhai oleh Allah SWT.

Dalam tempoh kurang 48 jam, saya menerima sejumlah wang yang mencukupi – bahkan melebihi daripada apa yang kami perlukan. Jumlah wang yang diterima telah membolehkan saya membeli sejumlah 40 buah buku berkenaan untuk digunakan oleh para siswa dan siswi tahfiz kami. Semua penyumbang adalah teman-teman facebook saya, antaranya seorang pegawai bank, seorang pensyarah kolej swasta, seorang peguam, dan seorang muallaf yang menyumbang sejumlah wang untuk 30 buah buku.

Surau Centre Point

Secara spontan ketika berkuliah di Masjid as-Sobirin Kg Sipanggil Putatan tempoh hari saya melontarkan persoalan tentang solat. Saya lambungkan soalan itu kerana kebetulan menyentuh hal solat dan ziarah saya ke beberapa buah masjid dan surau.

SOLAT JUMAAT

Kalaulah ada orang yang boleh buat kajian tentang hal ini.

1) Berapa jumlah lelaki muslim mukallaf di sekitar Pantai Barat Selatan – antara Bongawan Papar hingga ke Tamparuli?

2) Berapa jumlah masjid yang mengadakan solat jumaat di Pantai Barat Selatan – antara Bongawan Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran hingga ke Tamparuli?

3) Berapa pula kapasiti yang boleh memuatkan jamaah pada satu-satu masa?

4) Berapa jumlah mereka yang menghadiri solat jumaat secara purata pada satu-satu solat jumaat berkenaan?

Saya sangat risau melihat kelibat umat Islam yang mengabaikan solat jumaat khususnya – apatah lagi ia solat yang diwajibkan berjamaah. Perhatikan ketika ramai berada di masjid sekurang-kurangnya antara 12.30 hingga 1.00 tengahari (dalam konteks di Kota Kinabalu), masih ramai berada di jalan raya, kompleks membeli belah (contoh Centre Point, Wawasan Plaza, Suria Sabah, 1Borneo, Kompleks Karamunsing, KK Plaza, Warisan Square, Wisma Merdeka dan banyak lagi), ramai yang berada di restoran, pejabat, rumah dan sebagainya.

SOLAT MAGHRIB

Hari ini saya solat maghrib di Surau Centre Point. Suraunya boleh memuatkan 30 orang pada satu-satu masa. Kebiasaannya, terdapat 3 kumpulan (atau lebih) jamaah solat maghrib bergilir-gilir. Katalah yang solat seramai 100 orang x dua = 200 orang campur kaum muslimat di ruangan mereka di belakang.

Masuklah ke seluruh ceruk bangunan ini. Kalaupun tidak majoriti, kita akan melihat secara zahirnya ramai orang Islam di sini. (Boleh jadi juga ada bukan Islam kerana warna kulit dan rupa yang sama dengan bukan Islam seperti bangsa kadazan dusun, murut dan lain-lain yang ada muslim dan non muslim).

Saya tertanya-tanya, di mana mereka solat maghrib?

Saya tidak bertanya tentang solat lain kerana keluasan waktu berbanding maghrib yang masanya hanya sekitar 60-70 minit. Barangkali benar ada yang musafir, ada muslimat yang uzur, ada yang sempat pulang dan solat di masjid surau lain atau di rumah, atau ada yang solat di dalam premis kedai masing-masing (boleh dilakukan tapi sejauh mana dipraktikkan?) Tapi barangkali jugalah …

Ini baru contoh manusia muslim yang berada di Centre Point. Belum lagi di lokasi-lokasi lain. Gelanggang futsal, kompleks membeli belah, padang golf, tepi pantai dan seribu macam lokasi dan suasana. Kata teman, saya tidak patut berburuk sangka tapi saya wajar merasa bimbang dengan senario umat Islam hari ini.

%d bloggers like this: