Emel sebegini banyak kali saya terima, seingat saya sejak beberapa tahun kebelakangan. Pernah hampir hendak membalas emel, tapi ‘syukurlah’ kerana saya kurang mahir bahasa inggeris (kerana ketika itu, emel-emel dalam bahasa inggeris semuanya). Jadi hasrat itu mati begitu saja.

Saya yakin ada sindiket di sebalik emel-emel sebegini, terutamanya hendak menipu mereka yang cetek dalam hal penipuan alam maya, apatah lagi mereka yang terlalu lurus percaya kepada apa saja. Ada juga emel hendak berkenalan dari entah mana-mana negara, mungkin juga ada kaitan sindiket dadah yang melibatkan kes-kes berlaku sebelum  ini. Saya salinkan beberapa contoh emel tipu ini. Jadi kita semua berhati-hatilah.

Emel 1. Berulang tarikh pada 3 Disember 2011, 8 Disember 2011

Assalammuailaikum,

Saya ingin merpenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Puan.Aishah Binti Ibrahim from Malaysia. Untuk makluman saya penghidap kanser di tahap yang serius. Dan doktor telah mengesahkan bahawa saya tidak akan dapat bertahan hidup lebih lama. Dengan murah hati nya saya ingin mendermakan segala yang saya miliki dan ini adalah keinginan yang saya dan arwah suami saya telah rancang sebelum ini. Memandangkan kami tiada di kurniakan cahaya mata.

Dengan murah hati nya dan keikhlasan hati saya dan arwah suami saya. Dan saya percaya allah maha mengetahui niat saya ini. Dengan ini, saya menghulurkan atau menyumbangkan sejumlah wang sebanyak £2,000.000.00 (Dua Juta Pounds) kepada anda. Dalam memudahkan semua urusan antara saya dan anda, saya akan meminta peguam saya menyediakan segala dokumen yang berkenaan. Dan dengan izin allah semua urusan akan berjalan dengan lebih lancar, dan pindah hak milik di antara kita tidak akan bermasalah. Semoga allah memberkati segala kerjasama dari anda dan gunakan lah pemberian saya ini dengan bijaksana.

Salam,
Puan.Aishah Binti Ibrahim.

Emel 2. Bertarikh 1 Disember 2011

Salam hormat.

Dengan izin dan limpah dan kurnia Yang Maha Kuasa saya masih lagi berpeluang meneruskan hidup ini.Walau saya tahu entah esok atau luasa masa akan datang dan saya akan dipanggil untuk menemui yang Kuasa.

Saya tahu hari demi hari kondisi tubuh saya semakin lemah dan penyakit lukimia yang saya tanggung semakin parah .Saya pasrah pada ajal dan maut tapi sebagai manusia ada hajat yang tidak kesampaian.

Bagaikan tak terasa begitu cepat masa berlalu tannpa saya dapat mengejarnya Sebagai insan biasa di bumi ALLAH saya tahu saya tak dapat lari dari melakukan kesilapan .Hari demi hari berlalu dan saya tetap seperti dan doktor juga memberitahu yang saat itu semakin dekat.Seperti yang saya katakan saya reda Tiada apa yang tinggal hanya lah sedikit harta yang akan saya sumbangkan untuk bantuan kemanusiaan kepada yang memerlukan dari saya dan juga allahyarham suami mandangkan kami tidak mempunyai pewaris.

Saya tidak mengharapkan apa-apa sebagai balasan cuma dengan izin ALLAH sedikit sumbangan yang akan saya salurkan ke jalan yang benar akan menjadi amal jariah untuk saya dan Almarhum suami insyallah.

Dana simpanan kami sebanyak £ 2,000,000.00 (Dua Juta Great Britain Pounds) telah saya berikan amanah dan kuasa kepada peguam saya untuk menguruskan hal selebihnya sehingga ianya dapat dipindahkan kepada pewaris saya yang amanah dan bertanggungjawab demi menunaikan niat saya dan arwah suami saya untuk membantu projek amal kepada yang memerlukan.Harapan saya ianya dapat dilakukan sebelum saya menutup mata.

Semoga ALLAH SWT memberi petunjuk dan membantu kita bersama-sama melakukan amal jariah……Amin…

Sekian,

Puan Elizabeth Ahmad.
From: Malaysia.

Emel 3. Bertarikh 30 November 2011

Hello, compliments,

I am Dr. Collins Kabore, manager auditing & accounting section Bank of Africa, Burkina faso. I got your e-mail address in international directory as i was searching for oversea contact. It’s my urgent need for a foreign partner that made me to contact you for this transaction. I need your urgent assistance in transferring the sum of ($4.2 million USD) into your account.

The said fund belongs to deceased client Mr Kurt Kahle, whom died together with his family on 31 July 2000. For more information view http://news.bbc.co.uk/2/hi/europe/859479.stm . Mr Kurt Kahle held Account no286-41732-55, Routing no:9372820 with our bank here in Burkina faso. The ($4.2 million USD) was transferred into his account through FORTES BANK AMSTERDAM-HOLLAND, for purchase of Gold and Diamond from the Burkina Faso Mining Co-operation LTD before his sudden death.

I want you assist me claiming the fund as it will be shared between me and you in the ratio of 60/40. I agreed that 40% of the fund will be for you while 60% will be for me and I want to assure you that this transaction is absolutely legal and risk free since i works in the same bank and i have all the necessary information about the fund. Before we proceed, i would like to know your ability to handle this over there in your country. Please tell me more about the political/economic stability/monetary policy of your country. Reply to my private email collinskabre@xxxxxx

Regards,

Dr. Collins Kabore