Archive for 10 Disember 2011


Buku Yang Baru Dibaca :

Penulis : Anton Kurnia

Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd

Harga : RM26.00

Buku Dari Penjara Taliban Menuju Iman adalah sebuah “inside story” atau sebuah “travelog” apa yang berlaku di bumi Afghanistan selepas keruntuhan WTC pada 11 September 2001 dan diikuti dengan serangan Amerika dan sekutunya ke atas bumi umat Islam itu. Tokoh yang dimaksudkan ialah seorang wartawan terkenal British yang juga seorang pejuang fahaman feminisme bernama Yvonne Ridley.

Beliau ditahan oleh tentera Taliban dan dipenjara selama sepuluh hari pada tahun 2001. Kesalahannya – menyeludup masuk ke Afghanistan dengan menyamar memakai burka (purdah) untuk mendapatkan sebuah berita eksklusif tentang kehidupan kaum wanita di Afghanistan. Setelah dibebaskan dan kembali ke England, beliau masuk Islam dan berjuang membela Islam serta berusaha untuk membebaskan belenggu Islamofobia yang melanda dunia Barat.

Buku karya Anton Kurnia ini memaparkan pengalaman Yvonne menjadi tahanan Taliban yang digembar-gemburkan sebagai rejim yang paling sadis di atas muka bumi ini. Peristiwa ini sangat meninggalkan kesan dalam kalbu Yvonne dan telah mengubah kehidupannya. Tanpa diduga, selama dalam tahanan, Yvonne mendapat layanan terbaik daripada Taliban. Apabila Yvonne bebas, beliau telah menggegarkan dunia dengan memeluk Islam dan berjuang untuk mendaulatkan agama Allah dan umat Islam di mata dunia.

Bagaimana? Anda baca pengembaraan beliau seterusnya dalam buku ini.

Mendoakan agar personaliti sebelah Hajjah Abby Fana turut menutup aurat.

Sumber : Facebook Wardina Safiyyah di sini

Mungkin saya antara salah satu orang yang paling gembira dengan perubahan ketara secara fizikal ini oleh Kak Abby Fana yang amat saya kasihi.

Kenapa?

Kerana Kak Abby dari mula saya kenali adalah wanita yang cukup baik, a VERY…VERY  nice person indeed…Kak Abby seorang ibu tunggal yang amat tabah… seawal kami di studio kerana bersiaran jam 5 pagi.. Kak Abby adalah antara orang yang tidak pernah meninggalkan solat subuhnya…. maka terdetik dalam hati kecil saya… saya yakin Kak Abby satu hari nanti akan berhijab… Secara senyap saya sering mendoakannya…. Dan percayalah antara doa yang makbul adalah doa rakan-rakan, tatkala mereka tidak tahu kita mendoakannya…

SMS KAk Abby pada saya : TQ dear for your compliment..I ‘change’ for Him, The Al Mighty.

Bergenang air mata saya. Hajjah Abby Fana..sekembali dari Mekkah, keberkatan dan hidayah Allah mengiringinya. Indahnya!

Kenapa perlu KECOH orang bertudung ada yang bertanya? Teringat sewaktu menghadiri satu previewdocumentary mengenai Hijab tempoh hari…ada pihak yang kurang senang apabila publisiti diberikan pada wanita-wanita berhijab! Katanya di Malaysia ini, wanita behijab diberi publisiti meluas dan dipuji-dipuji. Mereka lah yang baik, yang digemari dan sebagainya! Ada yang tidak puas hati nampaknya…

Jawab saya… Tahukah anda perkara ini BARU berlaku.. tidak lama dulu nak jadi cover majalah? Jangan harap! Nak baca berita? Buka tudung dulu! Pengacara? Hmmpphh tak pernah dengar pun! Malah waktu saya mula berhijab dulu ada cover majalah yang memotong gambar saya (setelah selesai photoshoot) kerana mengatakan bahawa pihak editor mereka tidak mahu wanita berhijab sebagai peghias kulit muka depan.Siapa yang didiskriminasi sebenarnya?

Jadi sudah pasti, apabila senario sekarang sudah berubah…saya selaku  wanita berhijab, gembira dengan peluang yang diberikan oleh  media ini! Apakah yang mereka mahukan? Media mengutuk, merendahkan dan mendiskriminasikan mereka yang berhijab? Salahkah memuji mereka cantik, manis, ayu dan kelihatan sopan? Memang mereka cantik, ayu dan sopan dengan hijab di kepala.

Apakah yang hanya layak dipuji cuma wanita yang sexy, terbuka, terdedah, yang ala J.Lo pakaiannya? Maaf ya, kayu ukur kecantikan BUKAN lagi Hollywood…Bakat kini tidak lagi diukur dengan pendeknya skirt anda.. malah wanita berhijab lebih perlu menonjolkan bakat mereka….kerana apa yang ada, apa yang dilihat cumalah muka dan telapak tangan… kami memaksa anda menilai kami dengan “kemahiran” kami…our talents..our mind and what we have INSIDE us….not judging us  by our looks, body and clothes. Well, that’s the general idea, at least.

Jawab saya…memang wanita yang berhijab memberikan satu ‘statement’ pada semua bahawa “saya sedang berusaha menjadi lebih baik, dan ingin saya zahirkan perubahan ni dengan pakaian saya” Memang! Tepat sekali! Tak perlu dipersoalkan..wanita yang berhijab, yang baru memakai hijab terutamanya adalah mereka yang sedang ‘berubah’… they want to become better..a better person, a better Muslimah... very clear…. namun dalam masa yang sama, tidak pula harus didiskriminasi mereka yang tidak memakainya…that has to be clear too.

Ianya pilihan individu..hormatilah mereka yang berhijab dan doakanlah mereka yang belum akan nampak kecantikan dan ‘nilai’ sebenar hijab yang sebenarnya mengangkat martabat seorang wanita. Bukankan semua yang’ indah’ dan ‘mahal’ di dalam dunia ini ditutup dan dipelihara? Seperti emas dan intan permata. Seperti mutiara di dalam lautan.

Jawab saya…Wanita yang tidak bertudung? Sudah CUKUP publisiti diberikan pada mereka..lihat sahaja longgokkan majalah, berita dan pendedahan di media mengenai wanita yang tidak berhijab dan sexy! Mereka dijulang, dipuji, diberi ruang dan perhatian setiap ketika.. mereka juga sangat popular! Malah bukan media Malaysia sahaja yang membantu mereka, tapi iannya fenomena diseluruh dunia! They DONT NEED HELP, nor do they need anymore publicity..

Jadi apabila dipebesarkan mereka yang berhijab… berikanlah ruang yang sewajarnya…. kenapalah  perlu ‘sakit hati’? Jika ditanya saya, memang ‘sakit’ hati orang itu… cemburu melihat kebaikan atau orang yang ‘lain’ darinya…. Terimalah perbezaan manusia dengan hati yang lapang. Hormatilah orang lain, walau caranya mungkin berbeza dengan kepercayaan kita. Allah, dunia ini sementara sahaja.

Dugaan orang yang ingin berubah  adalah apabila kita dilempar ejekan oleh orang lain, yang mengungkit kisah silam dan meremahkan perubahan kita seperti “tak lama tu”. Anggaplah ianya cuma dugaan kecil sahaja yang diberi Allah kepada kita.

Saya yakin orang yang bersolat, yang konsisten dalam solatnya akan diberi hidayah oleh Allah untuk membuat pilihan yang baik. Alhamdulillah Hajjah Habsah…Kak Abby… I am very happy for you! May Allah bless you!

%d bloggers like this: