Archive for 4 Disember 2011


MOHD AZIZAN & NORHALINI

Tuan Haji Fauzi How adalah peminat kelas-kelas pengajian Islam.

Di Surau Taman Austral, beliau boleh dikatakan tetamu tetap saya yang sangat istiqamah dalam kuliah pengajian al-Quran dan tajwid. Kuliah-kuliah selepas solat isyak di Masjid Negeri Sabah juga sering dihadirinya. Apabila beliau mengundang kenduri kendara, saya ingin benar untuk hadir tetapi selalu saja bertembung dengan program lain. Jadi kali ini apabila undangan perkahwinan anaknya – Mohd Azizan dan pasangannya Norhalini binti Mailin, maka saya tidak ingin menghampakan beliau untuk hadir.

Saya lihat majlis beliau agak sederhana di Dewan Wisma Pertanian siang tadi. Ada kumpulan kulintangan, kumpulan hadrah, dan kumpulan solawat Masjid Negeri Sabah. Keluarga besar beliau dari kalangan tiong hua juga kelihatan hadir, begitu juga jamaah masjid dan surau, para ustaz dan imam hadir untuk menyantuni beliau sekeluarga. Semoga kehadiran menantu baru dan keluarga mereka akan menambah seri kebahagiaan dalam keluarga besar Tuan Haji Fauzi How.

Tahniah daripada Abu Nuha Corner sekeluarga.


Assalamu’alaikum WBT

Untuk makluman muslimin dan muslimat, ahli-ahli Kelab Remaja Ukhuwwah dan sesiapa yang berminat untuk mengisi waktu cuti sekolah dengan aktiviti bermanfaat. Persatuan Siswazah Sabah akan menganjurkan sebuah kem outdoor iaitu Islamic Summer Camp (ISC) untuk kali yang ke-5 seperti butiran yang berikut :

Tarikh: 16-18 Disemberr 2011

Tempat: KK Adventure Park

Yuran: RM30

Teruskan membaca

%d bloggers like this: