Archive for 1 Disember 2011


Sebelum berpindah tugas dari Bahagian Penyelidikan JHEAINS ke Maahad Tahfiz, awal bulan ini saya dan bos Ustaz Musally ada berziarah ke beberapa lokasi di Kota Kinabalu, menemuramah dan berbincang dengan beberapa tokoh agama berkenaan penularan mazhab syiah ke Sabah. Daripada perbincangan tersebut, dan beberapa sumber lain yang lebih awal saya ketahui sebelum ini memang terdapat mereka yang mengamalkan ajaran syiah. Hanya oleh kerana kajian itu baru bermula, saya kurang maklum  adakah ianya bebentuk praktikal peribadi sahaja atau ada usaha pengembangan atau rekrut di kalangan ahli-ahli baru.

Dalam sembang-sembang itu, saya ada juga terfikir agar JHEAINS dengan kerjasama agensi agama yang lain mengadakan program seminar aqidah menyentuh tajuk syiah. Bahkan di pejabat saya ada membaca salinan surat yang mendakwa mereka sebagai syiah kepada Yang Di Pertuan Agong dan disalinkan juga kepada pembesar negara dan negeri, yang meminta fatwa pengharaman ajaran syiah di Malaysia ditarik balik.

Walaupun hasrat mengadakan seminar bahaya syiah itu tidak dapat diadakan oleh JHEAINS, syukur alhamdulillah pihak Pejabat Mufti Negeri Sabah dan JAKIM Sabah mengadakan program ini semalam di Hotel Le Meridien Kota Kinabalu dengan kehadiran kira-kira 400 tetamu mewakili pelbagai sektor kerajaan, swasta, NGO, wakil-wakil masjid dan surau sekitar Pantai Barat Selatan. Hanya saya berpendapat agar ia diluaskan ke daerah-daerah dan hadirinnya dibuat dalam dua bentuk – tetamu undangan dan terbuka. Ini kerana seperti di Le Meridien semalam, masih terdapat ruang kosong yang tidak terisi kerana dimaklumkan majlis hanya dibuka kepada peserta yang diundang sahaja. Saya meyakini masih ramai yang berhajat untuk hadir jika undangan terbuka dibuat oleh pihak penganjur.

Ucaptama dan perasmian seminar berkenaan disampaikan oleh SS Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Haji Ahmad Alawi Haji Adnan. Dua kertas kerja lain disampaikan oleh Prof Dr Zakaria Stapa (Syiah : Sejarah Perkembangan dan Perbezaan Asasi Dengan Sunni) dan Ustaz Ahmad Nasim Rauf (Tajuk : Ancaman Syiah) seorang pendakwah bebas berasal dari Kelantan dan kini bertugas di Perak. Kedua-dua pembentangan kertas kerja dipengerusikan oleh Dr Suwaid Tapa, seorang pensyarah UiTM Kota Kinabalu yang juga AJK Fatwa Negeri Sabah. Turut kelihatan ialah beberapa orang mufti negeri-negeri yang sedang bersidang di Kota Kinabalu, antaranya Mufti Perak, Sarawak dan lain-lain.

Saya kira pembentangan yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Nasim paling bernas dan menarik perhatian dengan paparan video ucapan dan kelakuan orang-orang syiah. Begitu juga bagaimana tanggapan orang syiah terhadap para sahabat utama Rasulullah SAW yang dianggap mereka sebagai murtad. Beliau ada bercerita tentang pengalaman berhujjah dengan orang syiah. Kini saya masih membaca kertas kerja pembentangan beliau tempohari. Saya sangat berharap agar pihak penganjur memuatnaik rakaman pembentangan berkenaan ke medan youtube.

“ANAK SOLEH KUNCI KEBAHAGIAAN KELUARGA”

Memiliki permata yang soleh dan solehah adalah impian bagi setiap pasangan yang bergelar ibu dan bapa. Hadith Nabi SAW yang bermaksud tentang 3 perkara yang tidak akan terputus pahalanya pada si mati adalah amal jari’ah, ilmu yang disampaikan dan doa daripada anak yang soleh.

Justeru itu, melalui kepentingan dan kelebihan yang kita ketahui dalam memiliki anak yang soleh ini, kami dari QUEST SOLUTION TRAINING & CONSULTANCY akan mengadakan sebuah kem yang diberi nama KEM MUZIKAL ANAK SOLEH di mana kem anak soleh ini adalah merupakan kem yang PERTAMA DI MALAYSIA yang berbentuk muzikal. Dengan menggunakan pendekatan seni dan irama, anak-anak di ajar untuk mengenal 5 CINTA iaitu cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, cinta kepada Islam, cinta kepada ibu bapa dan cinta kepada diri.

Selain itu, di antara penerapan utama yang akan di bentuk pada jiwa peserta adalah ‘Kecintaan Kepada Kesolehan’. Kem ini mengandungi modul-modul yang berintikan ilmu fardhu ain seperi solat dan seumpamanya, doa-doa dan pelbagai aktiviti lain yang bermanfaat dalam proses untuk menjadi seorang muslim yang kenal akan agama dan dirinya melalui metodologi pendidikan yang berseni dan kontemporari mengikut syariat Islam.

Oleh hal demikian, semoga dengan pelaburan yang sedikit mampu memberi impak yang besar dan bermanfaat kepada diri, keluarga, ummah dan juga agama. Marilah bersama-sama dengan QUEST SOLUTION TRAINING & CONSULTANCY bagi merealisasikan impian dan hasrat murni dalam mendidik anak-anak belia ke arah seorang anak Muslim yang soleh dan menjadi kunci kebahagiaan keluarga.

%d bloggers like this: