Saya baru teringat satu kenyataan yang disampaikan sendiri kepada saya oleh Ustaz Kadri Abdul Hamid, salah seorang pensyarah di Kuliyyah al-Quran dan As-Sunnah di Kolej Universiti Insaniah, Kedah. Beliau juga adalah salah seorang ahli Lajnah Tashih al-Quran Kementerian Dalam Negeri.
Beliau ada menyatakan kepada saya bahawa Insaniah melalui Kuliyyah al-Quran dan as-Sunnah sudah menawarkan program Sarjana untuk dua bidang. Pertama Sarjana Pengkajian al-Quran, dan kedua, Sarjana Pengajaran al-Quran. Tawaran sudah bermula dan pendaftaran berakhir pada 15 Disember 2011 akan datang.
Sebelum ini, di Kuliyyah al-Quran dan as-Sunnah ini mempunyai program Diploma Tahfiz al-Quran wal-Qiraat dan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Tahfiz al-Quran. Melalui bacaan saya di web rasmi insaniah, asalnya program ini merupakan kesinambungan daripada Maahad Tahfiz al-Quran Wa al-Qiraat yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Kedah pada tahun 1985 dan diletakkan di bawah KUIN pada tahun 2001. KUIN telah menubuhkan kulliyyah al-Quran pada sesi 2004/2005.
Terdapat 16 pensyarah di Kuliyyah al-Quran dan as-Sunnah diketuai oleh Dr. Azharuddin bin Sahil selaku dekan yang pernah kami temui beberapa kali. Mereka yang berminat untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana (master) berkenaan boleh merujuk ke http://quran.insaniah.edu.my/main/ dan pendaftaran online boleh dibuat dengan melayari http://ecampus.insaniah.edu.my/frm.
KULLIYYAH AL-QURAN DAN SUNNAH KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH KEDAH DARUL AMAN MALAYSIA MENAWARKAN PROGRAM MASTER DALAM 1. PENGKAJIAN AL-QUR’AN DAN 2. PENGAJARAN AL-QUR’AN. PENDAFTARAN BERAKHIR PADA 15 DESEMBER 2011.
Untuk maklumat lanjut juga boleh berhubung ke Kolej Universiti Insaniah, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05350 Alor Setar Kedah Darul Aman, Malaysia. Emel : enquiry@insaniah.edu.my, nombor telefon 04-7374331, fax 04-7374355