Archive for 13 November 2011


QURBAN DI RUSILA

Perutusan Aidiladha 1432H : Haji mampu satukan ratusan bangsa dunia

ALLAHUAKBAR, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilham.

Alhamdulillah, kita bersyukur kepada Allah SWT yang masih lagi mempertemukan kita dengan hari raya Aidiladha ini. Suatu perayaan dalam agama Islam yang terkenal dengan ibadah haji dan korban yang dilakukan oleh umat Islam.

Sebahagian daripada kita ketika ini, sedang berhimpun di Padang Arafah daripada ratusan bangsa dan negara seluruh dunia, semuanya sujud kepada Allah SWT. Memberi makna yang jelas ketundukan kita kepada Pencipta iaitu Allah SWT dan melambangkan kesatuan Islam yang mampu menyatupadukan ratusan bangsa yang sangat majmuk di seluruh dunia.

Begitu juga dengan ibadah korban yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS yang patuh dan tunduk kepada perintah Allah, telah menatijahkan kemenangan besar yang Allah berikan dalam berhadapan dengan pemerintah zalim Namrud pada ketika itu. Kepatuhan dan pengorbanan dalam perjuangan, akan membuahkan pertolongan Allah yang tidak disangka-sangka dalam memberi kemenangan kepada Islam. Sekali gus memberi hasil yang baik kepada dunia yang sejahtera dan adil untuk semua termasuklah kepada masyarakat bukan Islam.

Kita berharap, sambutan hari raya ini akan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah, dengan mematuhi perintah yang diwajibkan Nya dalam seluruh aspek kehidupan sebagai individu dan masyarakat, juga negara bagi memastikan dunia ini selamat dan diri kita juga selamat di akhirat apabila bertemu Allah SWT. Mewakili PAS, saya mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha dengan seruan supaya kita bersama meningkatkan kepatuhan kepada perintah Allah.

TUAN GURU ABDUL HADI AWANG

Ustaz Riduan Mohd Nor dan Ustaz Mohd Nor Hamzah

Nota tambahan :

Daerah yang terdiri dari Turki moden mempunyai tradisi Islam yang lama dan kaya melatar belakang ke zaman permulaan Seljuk dan Empayar Uthmaniyyah. Orang Turki secara kebudayaan dan sejarah adalah umat Islam. Mereka tinggal di daerah yang kebanyakannya Muslim, apabila mereka menetap di Anatolia di bawah nama Islam. Ia sukar dibayangkan Turki tanpa Islam seperti memikirkan Istanbul tanpa latar langit masyhur masjid dan menaranya.

Sekitar 99% penduduknya adalahMuslim walaupun tidak pernah ada kajian mengenai ketepatan nisbah ini. Menurut tinjauan Eurobarometer, umat Islam terdiri dari 94% jumlah penduduk Turki. bagaimanapun, menurut buku fakta CIA World, 99.8% dari penduduk Turki merupakan Muslim. Ada tiga minoriti masyarakat agama bukan-Islam—umat Kristian Ortodoks Greek, Kristian Orthodoks Armenia, dan Yahudi membentukkan 0.2%;dan yang lain penduduk adalah Muslim.

Kebanyakan umat Islam di Turki adalah Sunah Waljamaah membentuk sekitar 85% dan kedua besar mazhab bukan-Islam adalah Alevi yang bukan Muslim Syiah, mereka membentuk sekitar 20% penduduk Turki sendiri (15 juta).

Sumber  artikel dan foto : Wikipedia.org

Masjid Sultan Ahmed atau Masjid Biru.

Masjid Sulaiman

%d bloggers like this: