
Sidang media disampaikan oleh Pengarah JHEAINS Datuk Haji Amri Suratman di tingkat 10, Wisma MUIS Kota Kinabalu. Di kanan beliau Ustaz Haji Saifuddin Daud, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JHEAINS. Di sebelah kiri ialah Ustazah Hajjah Aisyah Kasan dan Ustazah Hajjah Zubaidah Jamadi kedua-duanya dari unit peperiksaan.
Sijil Menengah Ugama (SMU)
1. Jumlah calon yang menduduki peperiksaan SMU 2011 ialah seramai 247 orang dari 7 buah Sekolah Menengah Ugama iaitu SMAN Toh Puan Hajjah Rahmah Kota Kinabalu, SMAN Pantai Manis Papar, SMAN Pekan Kunak, SMAN Tambunan, SMAN Pekan Beaufort, SABK Islamiah Tawau & SABK al-Irsyadiah Marakau, Ranau.
2. Daripada jumlah yang menduduki peperiksaan tersebut, seramai 237 orang telah lulus dengan mendapat pangkat seperti berikut : Mumtaz (5 orang), Jayyid Jiddan (64 0rang), Jayyid (103 orang) dan Maqbul (65 orang). Pada keseluruhannya peratus tahun ini adalah meningkat sebanyak 2.4% berbanding kelulusan tahun 2010.
3. Lima orang calon yang mendapat keputusan mumtaz ialah : Mohd Amirul Azhar bin Hasanuddin (SMAN Toh Puan Hajjah Rahmah), Norayah Edip (SMAN Pantai Manis Papar), Arfahzilahwati Sundring (SABK Tawau), Al-Karim Al-Kasim (SABK Tawau) dan Nurhasanah Sabri (SABK Tawau).
Sijil Rendah Ugama (SRU)
1. Jumlah calon yang menduduki peperiksaan SRU 2011 ialah seramai 4739 orang dari 114 buah Sekolah Agama Negeri (SAN) milik Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan 91 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR).
2. Daripada jumlah yang menduduki peperiksaan tersebut, seramai 3755 orang calon telah lulus dengan mendapat keputusan seperti berikut : Mumtaz (9 orang), Jayyid Jiddan (191 orang), Jayyid (1653 orang) dan Maqbul (1902 orang). Peratus kelulusan pada tahun ini juga meningkat sebanyak 3.3% berbanding tahun 2010.
3. Dari 114 buah SAN yang mengikuti peperiksaan, sebanyak 18 buah sekolah mendapat kelulusan 100%. Dari 91 buah SAR yang mengikuti peperiksaan, sebanyak 24 buah sekolah telah mendapat kelulusan 100%.
4. SAN yang mendapat kelulusan 100% tahun ini ialah SAN Kepayan, SAN Kg Kelanahan Papar, SAN Islamiah Tawau, SAN Silabukan Lahad Datu, SAN Balung Tawau, SAN Takuli Beaufort, SAN Pelakat Sipitang, SAN Ulu Sipitang, SAN Lumadan Beaufort, SAN Lohan Ranau, SAN Taun Gusi Kota Belud, SAN Libang Ranau, SAN Rumah Anak Yatim Tambunan, SAN Kg Menawo Keningau, SAN Cinta Mata Tenom, SAN Pekan Tenom, SAN Pekan Muhibbah Sandakan dan SAN Pekan Kolapis Beluran.
5. SAR yang mendapat kelulusan 100% tahun ini ialah SAR al-Mubarak Masjid Bandaraya, SAR Pusat Pendidikan Islam an-Nur Kepayan, SAR Nurul Hikmah Bukit Padang, SAR al-Hidayah Kuala Menggatal, SAR al-Isra Telipok, SAR Wadi Kauthar, SAR Dasar Baru Kunak, SAR al-Falah Tanjung Batu Darat Tawau, SAR Tanjung Batu Tengah Tawau, SAR Kinabutan Tawau, SAR Darul Huda Kembara Sakti Lahad Datu, SAR Darul Saadah Embara Budi, SAR Gugusan Felda Kalabakan Tawau, SAR al-Mukarramah Tanjung Batu Keramat Tawau, SAR Masjid Quba Tawau, SAR Nurul Ihsan Tinosa 1, SAR Elopura Sandakan, SAR Taman Samudera Sandakan, Pusat Pengajian al-Quran Bestari Kota Belud, SAR al-Fitrah Kota Belud, SAR asy-Syakirin Kg Bobot, SAR al-Khairiyah Kemborongoh, SAR Bestari Kundasang dan SAR Beriawa Ulu Keningau.
6. Sembilan orang calon yang mendapat keputusan cemerlang ialah Noor Aisyah Adilah Mat Sulong (SAN Pekan Beaufort), Safiyyah Nur Aisyah Baduhalin (SAN Islamiyah Tawau), Muhammad Najmi Shabrin (SAR Bandar Sahabat Lahad Datu), Nur Khairunisa Aqilh Elbi (SAR Inabah Kamal Semporna), Nur Aribah Arbani (SAN Putatan), Yasmin Batrisyia Zulfikri (SAR Nurul Hikmah Bukit Padang), Maulidatul Huda Jasri (SAN Kg Kuala Papar), Resma Laduma (SAN Desa Permai Ulu Dusun Sandakan dan Fayther Lauddin (SAN Karamunting Sandakan).
7. Berikutan keputusan peperiksaan tersebut, JHEAINS telah menetapkan bahawa al-Quran adalah subjek teras bagi setiap syarat kelulusan sama ada dalam peperiksaan SMU atau SRU. Tujuannya untuk melahirkan generasi celik al-Quran kerana al-Quran adalah teras agama Islam.





