Archive for 23 Oktober 2011


KEDAI 24 JAM DI PUTATAN

Suatu malam saya pulang lewat.

Hampir Putatan saya teringat pesanan isteri untuk membeli sedikit keperluan anak-anak yang agak mendesak. Saya keletihan dan tidak berhajat untuk patah balik ke arah Kepayan, Tanjung Aru, Sembulan atau ke Kota Kinabalu. Putatan menjadi daerah penuh dan semakin berkembang pesat pembangunannya, jadi saya terpaksa meronda mencari kedai-kedai runcit 24 jam sekitar pekan.

Nampaknya tiada.

Saya lihat poliklinik 24 jam, restoran india 24 jam, premis atm bank 24 jam, tapi belum ada kedai runcit seperti ‘Seven Eleven’, ‘Orange’ dan sebagainya di kawasan pekan. Belum ada. Barangkali kosnya tinggi, risikonya juga besar. Dalam keletihan itu, saya gagahi juga memandu ke arah Kg Ketiau, manalah tau ada bertemu kedai-kedai runcit yang masih buka tengah malam.

Rezeki saya bertemu dengan sebuah rumah berdekatan Kg Serigai di tepi jalan, selepas SK Tansau dan sebelum SMK Tansau. Rumah 2 tingkat, dan di bawahnya ada kedai runcit. 24 jam, akui mereka. Apa yang saya cari, saya temui di situ. Saya lupa nama kedai tersebut, tapi saya tolong promosi di sini, untuk orang Putatan. Saya ucapkan tahniah kepada mereka, walaupun sepatutnya di tengah pekan Putatan yang semakin berkembang itu sudah ada kedai runcit 24 jam.

Sejuk hati melihat foto-foto pertemuan mereka, dua tokoh pendakwah yang tidak perlu diperkenalkan lagi di tanah air kita ini. Wajah mereka berdua bersama dengan Dato’ Dr Hassan Ali suatu ketika dahulu sentiasa dinanti pada setiap khamis malam jumaat melalui forum perdana ehwal Islam di tv1. Saya pernah mendengar dan membaca catatan orang, siapa buat kenduri kendara malam itu, sah orang tidak ramai kerana majoriti hendak menonton forum perdana ehwal islam.

Saya kira bukan setakat topiknya yang menarik, tetapi kerana keikhlasan para pendakwah seperti mereka berdua (dan ramai lagi) untuk menyampaikan risalah Islam kepada masyarakat. Saya teringat satu ketika majlis forum perdana di dewan saadah wisma MUIS diadakan, dewan penuh sesak sehingga pengerusi forum Dr Hassan Ali meminta mereka duduk bersila di mana saja ruang yang kosong. Mereka inilah antara wajah-wajah yang menghiasi dan menggembirakan umat Islam dengan untaian nasihat dan tazkirah mereka.

Kedua-dua mereka adalah tokoh pengubatan Islam di Malaysia, khususnya Ybhg Dato Dr Haron Din. Saya difahamkan Ustaz Ismail Kamus antara murid awal Dr Haron di UKM termasuk dalam mempelajari pengubatan Islam. Ustaz Haron mengasaskan Darussyifa’ di Bangi sementara Ustaz Ismail Kamus mengasaskan Darussalam di Gombak. Setahu saya daripada segi rawatan berkaitan sihir dan makhluk halus, tidak banyak perbezaan kerana sumber yang sama. Hanya di Darussyifa’ ada rawatan berkaitan penyakit jasmani dan rawatan diberikan secara¬† percuma.

Foto dirakamkan ketika rombongan Darussyifa’ diketuai oleh Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din menziarahi Ustaz Dato’ Haji Ismail Kamus pada 20 hb Oktober lepas.

Sumber foto : facebook Jeng!Jeng!Jeng! (terima kasih)

Foto paling mahal :

%d bloggers like this: