Archive for 21 Oktober 2011


BUKU RUQYAH ASAS PENGUBATAN ISLAM

Penulis : Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din

Penerbit : Persatuan Kebajikan & Pengubatan Isam (Darussyifa)

Harga : RM3.00 (saiz kecil) RM5.00 (saiz besar)

Buku kecil Ruqyah Asas Pengubatan Islam ini terdiri daripada tiga kumpulan ruqyah asas yang dinamakan Hafalan Ruqyah Asas Pertama, Hafalan Ruqyah Asas Kedua dan Hafalan Ruqyah Asas Ketiga. Ruqyah asas ini terdiri daripada ayat-ayat al-Quran dan doa-doa ma’thur daripada hadith Nabi SAW. Dinamakan “hafalan” sebab ayat-ayat dan doa-doa ini perlu dihafal dan diamalkan secara berterusan oleh para perawat Darussyifa’.
Dalam ikhtiar penyembuhan penyakit, orang ramai yang mendapatkan rawatan di Darussyifa’ juga digalakkan beramal serta menghafal doa-doa dan ayat-ayat tertentu yang dipetik daripada buku ini. Selain daripada ruqyah asas, disertakan juga surah Yasin, rangkaian zikir dan doa-doa mustajab yang elok dibaca mengikut kesesuaian sesuatu majlis.

ISI KANDUNGAN BUKU
A) Surah Yasin

B) Hafalan Ruqyah Asas Pertama
(1) Penawar Seribu Guna (Surah Al-Fatihah)
(2) Ayat Keagungan (Ayat Kursi)
(3) Ayat Pemecah Dan Kesuburan
(4) Ayat Perangsang Selera
(5) Ayat Pemecah Kebuntuan
(6) Doa Penghilang Kesakitan
(7) Ruqyah Jibril
(8) Doa Penyakit-Penyakit Mata
(9) Doa ’Ilaj Ilahi
(10) Doa Penerang Hati
C) Hafalan Ruqyah Asas Kedua
(1) Ayat Pemecah
(2) Ayat Pelembut Hati
(3) Ayat Pendamaian
(4) Ayat Mendapat Zuriat
(5) Ayat & Doa Selusuh
(6) Tujuh Syifa’
(7) Ayat Mencari Dan Mengembalikan Orang Yang Hilang
(8) Doa Mengembalikan Yang Hilang
(9) Doa Mengatasi Sukar Tidur
(10) Doa Mengatasi Penyakit Rumit
(11) Doa Bertemu Jodoh
(12) Doa Penyejuk
(13) Doa Mengatasi Kerungsingan
D) Hafalan Ruqyah Asas Ketiga

(1) Al-Muawwizat
(2) Ayat Pembatal Sihir
(3) Ayat Penunduk Sihir
(4) Ayat Pendinding Daripada Sihir
(5) Ayat Pendinding Daripada Syaitan
(6) Ayat Perlindungan Daripada Syaitan
(7) Ruqyah Nabawiyah
(8) Doa Menghindar Syaitan
(9) Doa Menghindar Hasutan Syaitan
(10) Doa Menghindar Gangguan Syaitan
E) Rangkaian Zikir

F) Doa-Doa Mustajab Selepas Majlis Zikir Mengikut Hajat

(1) Selawat & Puji-Pujian Kepada Allah Di Permulaan Doa
(2) Selawat Syifa’
(3) Selawat Tafrijiyyah
(4) Doa Mohon Keselamatan, Kesihatan Dan Tolak Bala
(5) Doa Mohon Kesembuhan Daripada Penyakit
(6) Doa Supaya Dimudahkan Segala Urusan & Disempurnakan Hajat
(7) Doa Mendiami Tempat Baru & Tempat Ada Gangguan
(8) Doa Supaya Dilapangkan Hati
(9) Doa Supaya Aman Daripada Gangguan Makhluk Halus
(10) Doa Mohon Rahmat Dan Keberkatan Sesuatu Majlis
(11) Doa Mohon Murah Rezeki
(12) Mendoakan Mereka Yang Akan Mengerjakan Haji
(13) Doa Supaya Terhindar Daripada Sifat-Sifat Keji
(14) Doa Rawatan Angin Ahmar, Lumpuh & Strok
(15) Ayat Pelindung Daripada Kemudaratan
(16) Ayat Pelindung Daripada Kecurian
(17) Tasbih Kaffarah

Khatib : Ustaz Musa Abbas

Lokasi : Masjid al-Kauthar Kg Tanjung Aru Kota Kinabalu

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan satu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah lembut terhadap orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang kafir, mereka berjuang bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, kerana Allah Maha Luas limpah kurnia-Nya, lagi meliputi pengetahuan-Nya.” (S. Al-Maaidah: 54).

Orang yang murtad atau keluar Islam dan kembali dalam kekufuran tidak sekali-kali memberi sebarang mudarat kepada Allah Yang Maha Luas limpah kurnia-Nya, lagi meliputi pengetahuan-Nya. Malah, Allah SWT akan menggantikan orang yang murtad itu dengan golongan Mukmin yang berkualiti, yakni Mukmin yang memiliki ciri-ciri seperti berikut:-

Pertama, mereka dikasihi Allah dan mereka pun mengasihi Allah. Kedua, mereka bersifat lemah lembut terhadap sesama mukmin tetapi bersifat keras dan tegasterhadap orang kafir. Ketiga, mereka sentiasa bersedia serta sanggup berjuang di jalan Allah. Keempat, mereka sama sekali tidak merasa gentar atau takut terhadap celaan serta ancaman kelompok atau puak-puak yang memusuhi mereka.

Dalam konteks negeri Sabah, mereka yang meninggalkan Islam dipercayai dari kalangan saudara baru yang memeluk Islam atas sebab-sebab tertentu. Maka, terdapat beberapa faktor lain yang menyebabkan golongan berkenaan kembali dalam kekufuran atau keluar Islam. Ia termasuklah:-

Pertama, gagal menghayati dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar lantaran tiada kesungguhan atau inisiatif untuk mempelajari agama yang diredai Allah itu. Kedua, kegagalan pasangan (suami ataupun isteri) membimbing atau memberi tunjuk ajar kepada pasangannya yang merupakan mualaf atau saudara baru dalam soal agama. Ketiga, kegagalan orang Islam sekeliling memberikan contoh teladan yang baik dalam menghayati dan mengamalkan ajaran dan akhlak Islam yang syumul. Keempat, desakan hubungan cinta dengan teman yang bukan Islam. Kelima, terkilan dan kecewa dengan sikap segelintir anggota masyarakat Islam yang melabelkan orang Islam dari suku kaum tertentu dan mualaf sebagai golongan Muslim kelas kedua atau bukan Muslim tulen.

Sehubungan dengan faktor-faktor tersebut, dapat dirumuskan bahawa fenomena murtad yang berlaku di Sabah ada kaitannya dengan sikap umat Islam sendiri. Dalam erti kata yang lain, jangan terlalu cepat menyalahkan orang lain atau NGO bukan Islam dalam isu murtad yang hangat diperkatakan akhir-akhir ini. Sebaliknya, umat Islam perlu terlebih dahulu mencermin diri masing-masing dengan menyedari kelemahan serta kesilapan diri sendiri, seterusnya berusaha memantapkan lagi akidah serta akhlak dan mematuhi segala syariat supaya dapat membentuk diri menjadi Muslim sejati.

%d bloggers like this: